Portal Ihsan MADANI diperkenalkan sebagai platform sehenti yang membantu rakyat mendapatkan maklumat lengkap mengenai pelbagai inisiatif dan bantuan kerajaan berkaitan kos sara hidup.
Portal ini memudahkan pengguna menyemak kelayakan serta mencari bantuan yang sesuai hanya dengan mengisi maklumat asas, sekaligus menjimatkan masa tanpa perlu melayari banyak laman web berbeza.
Apa Yang Ditawarkan Dalam Portal
Portal Ihsan MADANI mengumpulkan ratusan program bantuan di bawah tujuh kluster utama Majlis Tindakan Sara Hidup (NACCOL) iaitu Kesihatan, Makanan, Pendapatan, Pendidikan, Pengangkutan, Perumahan dan Utiliti.
Setiap kategori menghimpunkan pelbagai insentif seperti bantuan kewangan, sokongan pendidikan, subsidi pengangkutan, bantuan makanan, sokongan perumahan dan banyak lagi.
Portal ini bukan sahaja memaparkan maklumat asas setiap inisiatif, malah turut menyediakan pautan permohonan rasmi supaya pengguna dapat memohon secara terus dengan mudah dan selamat.
Cara Mendaftar dan Menyemak Kelayakan
via Portal Ihsan MadaniUntuk mula menggunakan portal ini, pengguna hanya perlu melayari www.ihsanmadani.gov.my atau memuat turun aplikasi Ihsan MADANI di Google Play Store, App Store atau Huawei AppGallery.
Dengan menekan butang “Semak Bantuan Khusus” dan mengisi maklumat asas, sistem akan memadankan pengguna dengan senarai bantuan yang layak diterima.
Jika mahu memohon, pengguna akan dibawa ke laman kementerian atau agensi berkaitan melalui pautan “Mohon di sini”.
Semakan status bantuan juga boleh dibuat dalam portal yang sama atau sistem rasmi program tersebut seperti MySTR.
Aplikasi Mudah Alih Untuk Akses Lebih Cepat
Bagi memudahkan rakyat, portal ini turut disediakan dalam bentuk aplikasi mudah alih yang boleh dimuat turun secara percuma.
Aplikasi ini membolehkan pengguna menyemak kelayakan, mengikuti perkembangan bantuan dan mendapatkan notifikasi terkini hanya melalui telefon pintar.
Dengan adanya Portal Ihsan MADANI, rakyat kini mempunyai sumber pusat yang lebih tersusun, mudah diakses dan relevan dalam menangani kos sara hidup.

1 day ago
17
![[VIDEO] Sikap Lincah Qadejah Di Dapur Tuai Pujian Ramai- “Contoh Yang Baik”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/3-12.jpg)

![[VIDEO] Sharifah Haneesya Luah Rasa Terharu Dapat Bertemu Nabila Huda-“Saya Kelu, Sangat Segan…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Met-the-person-who-inspired-me-to-be-an-actress✨I-watched-her-acting-in-Bohsia-2009-n-i-was-9-yr-e1764048495706.jpg)
![[VIDEO] Kenapa Kamal Adli Digelar Shahrukh Khan Malaysia?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-25-at-12.09.42.jpeg)
![[VIDEO] Ditanya Jika Akan Hadir Ke Majlis Kahwin ‘Ex’, Ini Jawapan Bella Astillah](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/1-17.jpg)



![[VIDEO] Gelagat Siti Nurhaliza ‘Pecah Rahsia’ Lagu Yang Akan Dinyanyikan Di Konsertnya Nanti..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2318.jpeg)
![[VIDEO] Netizen Terhibur Dengar Anzalna Menyanyi-“Macam-Macam Suara Keluar”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2317.jpeg)
![[VIDEO] Leona Menari Dengan Dato Seri Vida, Lain Pula Ungkapan Cik B..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2316.jpeg)







![[VIDEO] Edry KRU Kongsi Momen Duet Dengan Juliana Banos, Sempat Dedikasikan ‘Sehidup Semati’ Buat Isteri](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/784529be-6f4d-41e6-86ef-598b3d133b15.jpg)
![[VIDEO] Aksi Afwa ‘Kenyit Mata’ Dekat Siti Nurhaliza Buatkan Peminat Tak Keruan](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2306.jpeg)




























![[VIDEO] Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Pandai Shopping Sendiri Buatkan Netizen Teruja](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-14.jpg)
