Penyanyi, Lufya Omar sebelum ini membuat tuntutan nafkah daripada bekas suaminya, Dr Che Hafiz selepas mendakwanya culas dalam memberikan nafkah kepada anak mereka, Laana Haura.
Malu Untuk Terus Bergaduh
Terkini, Lufya atau nama penuhnya, Lufya binti Sheikh Omar menerusi hantaran di Instagram, memberi makluman bahawa dia telah membuat keputusan untuk menarik diri daripada isu tuntutan nafkah terhadap bekas suaminya itu.
“Ya saya tarik diri isu nafkah kerana saya malu untuk terus bergaduh dengannya.”-tulis Lufya di Insta Stories
Berhutang Di Akhirat
Tambahnya lagi, dia menitipkan rasa syukur apabila pihak terlibat berhutang dengan banyak dengannya di akhirat kelak.
“Peguam saya, Fakhrul Azman Hasan sangat hebat. Tetapi saya berfikir dengan bijak bila awak kata awak tak mampu dan mahu menentang saya hingga mati. Tidak mengapa, cukup gembira untuk ‘membebaskan’ awal dari tanggungjawab awak.
Alhamdulillah ada yang berhutang dengan saya di akhirat.”-kongsi Lufya

“Semoga Ibunya Masuk Syurga..”
Dalam pada itu, penyanyi berusia 40 tahun ini turut menitipkan doa agar dia bakal menjadi ahli syurga atas perjuangannya terhadap tuntutan keadilan terhadap anak perempuannya, Lanaa Haura secara bersendirian
” Semoga ibunya masuk syurga, Lana Haura asbab berjuang sendiri.”-tambah Lufya lagi
Terdahulu, Lufya pernah membuat tuntutan mutaah sebanyak RM1 juta terhadap bekas suaminya di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor. Jelas Lufya, jumlah tersebut adalah untuk simpanan anak perempuan mereka menyambung pelajaran di peringkat universiti kelak.
Sekadar info, Lufya dan Che Hafiz pernah mendirikan rumah tangga November 2016 sebelum membuat keputusan untuk berpisah pada Jun 2020.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Lanaa Haura.
Sama-sama kita doakan yang terbaik sahaja, apa komen anda?

1 month ago
65




![[VIDEO] Gelagat Anak Kedua Anzalna Buat Ramai Berdekah- “Tengah Bina Snowman Tiba-Tiba Nak Susu”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/4-3.webp)
































![[VIDEO] Isaac Raees Teruja Dapat Tengok Binatang Di Zoo Taiping-“Jenuh Nak Layan 2 Anak”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-17.jpg)


![[VIDEO] Anak Dara Bella Astillah Menari Di Depan ‘Eiffel Tower’, Curi Perhatian Netizen!-“Ara Macam Mak Dia..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/04fc9a52-2eb9-4c44-8331-40dff8120702.jpg)



![[VIDEO] “Tak Mudah Untuk Berdiri Atas Label Sendiri, Kepuasan Dalam Berkarya”-Aina Abdul](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/IMG_1082.jpeg)

![[VIDEO] Ayah Amira Othman Hadiahkan Alunan Piano Di Majlis Resepsi Perkahwinannya..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-16.jpg)


