Pelbagai spekulai yang timbul di media sosial akhirnya terjawab selepas pihak penganjur, SAH Entertainment mengumumkan bahawa konsert Di Sebalik Aku Hafiz Suip tetap akan diteruskan dan bakal berlangsung di Mega Star Arena pada 1 November ini.
Turun Harga Tiket Demi Peminat
Menurut Pengarah Urusan SAH Entertainment, Sufi Rashid kehadiran tiga penaja termasuklah isterinya membolehkan pihak penganjur mengambil inisiatif mengurangkan harga tiket sebagai tanda penghargaan kepada peminat.
Malah, Sufi turut menyifatkan pembatalan konsert adalah satu ‘mimpi ngeri’ yang mahu dielakkan oleh setiap pihak penganjur.
“Semestinya diteruskan. Sebagai pihak penganjur untuk setiap konsert, pembatalan konsert itu adalah perkara yang paling kita nak elakkan.
Sokongan syarikat penaja memberi ruang untuk kami menurunkan harga tiket agar lebih ramai peminat dapat hadir.
Ini juga sebagai tanda penghargaan atas kesetiaan mereka bersama Hafiz sejak awal kerjaya,” katanya
Nafi Hafiz Suip Bermasalah

Dalam pada itu, pihak penganjur turut menafikan dakwaan Hafiz Suip yang didakwa bermasalah dengan pihak terlibat, selain menjelaskan bahawa penyanyi tersebut merupakan seorang individu yang sangat mudah untuk bekerjasama.
“Hafiz ni sangat mudah untuk bekerjasama dengan dia. Dia tak mungkin memberikan masalah kepada kita (penganjur) langsung. Berurusan dengan dia terlalu mudah.
Banyak artis yang kita sudah bekerjasama, saya boleh katakan Hafiz Suip merupakan salah seorang artis yang terbaik, paling senang. Apa yang kita minta, dia jarang nak soalkan. Dia percaya itu adalah konsert dia. PC malam ini pun berpunca daripada cadangan Hafiz Suip sendiri.
Hafiz sendiri yang sangat risau ketika penjualan tiket dihentikan sementara sebelum ini selama tiga minggu. Hafiz yang sering bertanyakan adakah semuanya berada dalam keadaan baik.”-Jelas Sufi lagi

Harga tiket baharu konsert diumumkan seperti berikut: RM788 diturunkan kepada RM588, RM588 (RM358), RM488 (RM288), RM388 (RM228), RM288 (RM188) dan RM188 (RM148).

1 month ago
59

![[VIDEO] Menghina Pakai Burka, Siapakah Pauline Hanson Sebenarnya?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/e49e3860c49c6bdd05ddc1029a235362.avif)
![[VIDEO] Sikap Lincah Qadejah Di Dapur Tuai Pujian Ramai- “Contoh Yang Baik”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/3-12.jpg)

![[VIDEO] Sharifah Haneesya Luah Rasa Terharu Dapat Bertemu Nabila Huda-“Saya Kelu, Sangat Segan…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Met-the-person-who-inspired-me-to-be-an-actress✨I-watched-her-acting-in-Bohsia-2009-n-i-was-9-yr-e1764048495706.jpg)
![[VIDEO] Kenapa Kamal Adli Digelar Shahrukh Khan Malaysia?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-25-at-12.09.42.jpeg)
![[VIDEO] Ditanya Jika Akan Hadir Ke Majlis Kahwin ‘Ex’, Ini Jawapan Bella Astillah](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/1-17.jpg)



![[VIDEO] Gelagat Siti Nurhaliza ‘Pecah Rahsia’ Lagu Yang Akan Dinyanyikan Di Konsertnya Nanti..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2318.jpeg)
![[VIDEO] Netizen Terhibur Dengar Anzalna Menyanyi-“Macam-Macam Suara Keluar”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2317.jpeg)
![[VIDEO] Leona Menari Dengan Dato Seri Vida, Lain Pula Ungkapan Cik B..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2316.jpeg)

































![[VIDEO] Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Pandai Shopping Sendiri Buatkan Netizen Teruja](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-14.jpg)


![[VIDEO] Gelagat Ebit Lew Bertemu Sajat, Cetus Usikan Netizen!-“Boleh Je Salam..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/71382A9E-F8B8-43D6-8D64-A40B0C9165C4.jpeg)