Spekulasi sesetengah pihak cuba ‘mengkenenkan’ Hazwani Helmi dengan seorang aktor kacak membuatkan aktres dan aktivis kemanusiaan itu tampil bersuara.
Menerusi sebuah siaran langsung di TikTok, Hazwani atau nama sebenarnya Nur Hazwani Afiqah Helmi, mengakui bahawa aktor tersebut ada menghubunginya untuk bertanyakan mengenai spekulasi “ship” berkenaan.
“Jangan kaitkan dengan makhluk yang tengah anda bercakap sekarang. Saya rasa kena bagi kenyataan. Betul, dia ada WhatsApp saya. Tapi mesej itu langsung tak menggambarkan apa yang ramai yang bayangkan.”
@honey90_2kita sebagai fans jgn buat benda yang jadi host tak selesa🫶🫰 #hazwanihelmi #fyp #fypシviral #content #hiburan
♬ bunyi asal – lluvv_zaa💞 – lluvv_zaa💞
Walau bagaimanapun, Hazwani mendedahkan isi perbualan mereka tidak membawa apa-apa maksud seperti yang ramai sangkakan.
“Dia hanya bertanya okay ke tentang “ship” ini. Dia buat hanya untuk meraikan peminat dan dan promosikan drama ‘Iqbal’. Saya kongsi pendapat. Hanya setakat itu sahaja, tidak ada lanjutan mesej selepas itu. Dalam mesej ini tiada unsur seperti apa yang kalian fikirkan. Saya menjawab atas dasar pegangan saya.”
Tegas Hazwani, dia tidak meletakkan apa-apa jangkaan jodoh dan hanya menerima apa yang terbaik di sisi Allah S.W.T.
“Perkara sebegini lebih baik kita doa apa yang lebih baik di sisi Allah, sebab saya tak tahu apa yang terbaik untuk saya. Saya tidak meletakkan jangkaan yang tingi mengenai jodoh. Saya bukan wanita sempurna. Cuma sekarang ini tiada apa yang berlaku antara kami.
Sebab itu saya rasa perkara ini perlu dibendung sebelum jadi tidak terkawal. Isu seperti ini melibatkan banyak pihak, dan saya mahu bekerja dalam suasana yang harmoni.”
Bagi MURAI, spekulasi ini muncul selepas aktor Hariz Hamdan memuat naik beberapa foto bersama Hazwani Helmi, meraikan kepulangan aktres yang menjadi aktivis Global Sumud Flotilla (GSF) yang ditahan oleh tentera Israel ketika dalam perjalanan ke Gaza, Palestin.

4 days ago
24
![[VIDEO] Menghina Pakai Burka, Siapakah Pauline Hanson Sebenarnya?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/e49e3860c49c6bdd05ddc1029a235362.avif)
![[VIDEO] Sikap Lincah Qadejah Di Dapur Tuai Pujian Ramai- “Contoh Yang Baik”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/3-12.jpg)

![[VIDEO] Sharifah Haneesya Luah Rasa Terharu Dapat Bertemu Nabila Huda-“Saya Kelu, Sangat Segan…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Met-the-person-who-inspired-me-to-be-an-actress✨I-watched-her-acting-in-Bohsia-2009-n-i-was-9-yr-e1764048495706.jpg)
![[VIDEO] Kenapa Kamal Adli Digelar Shahrukh Khan Malaysia?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-25-at-12.09.42.jpeg)
![[VIDEO] Ditanya Jika Akan Hadir Ke Majlis Kahwin ‘Ex’, Ini Jawapan Bella Astillah](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/1-17.jpg)



![[VIDEO] Gelagat Siti Nurhaliza ‘Pecah Rahsia’ Lagu Yang Akan Dinyanyikan Di Konsertnya Nanti..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2318.jpeg)
![[VIDEO] Netizen Terhibur Dengar Anzalna Menyanyi-“Macam-Macam Suara Keluar”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2317.jpeg)
![[VIDEO] Leona Menari Dengan Dato Seri Vida, Lain Pula Ungkapan Cik B..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2316.jpeg)







![[VIDEO] Edry KRU Kongsi Momen Duet Dengan Juliana Banos, Sempat Dedikasikan ‘Sehidup Semati’ Buat Isteri](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/784529be-6f4d-41e6-86ef-598b3d133b15.jpg)




























![[VIDEO] Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Pandai Shopping Sendiri Buatkan Netizen Teruja](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-14.jpg)
