Penyanyi popular Haqiem Rusli mengakui perkahwinan yang dibina bersama isterinya, Anis Sofea sejak hampir lima tahun lalu telah banyak mengubah dirinya untuk menjadi seorang lelaki yang lebih matang dan bertanggungjawab. Bagi Haqiem atau nama penuhnya Ridzuan Haqiem Rusli, 27, status sebagai seorang suami bukan sekadar ikatan cinta, tetapi juga satu fasa kehidupan yang mendidiknya untuk membuang segala sikap negatif yang pernah ada dalam dirinya.

“Setakat ini, perkahwinan mengajar saya erti kematangan. Bukan nak kata saya sudah terlalu matang, tetapi perkahwinan ini banyak buang benda-benda negatif dalam hidup saya. Mungkin dulu saya ada perangai, contohnya sombong atau sikap toksik orang muda. Selepas kahwin, semua itu makin terhakis dan saya jadi lebih bertanggungjawab,” katanya.
Haqiem juga menegaskan dia tidak pernah menyesal membuat keputusan mendirikan rumah tangga pada usia muda, meskipun ada yang berpendapat langkah itu terlalu awal dalam kerjayanya. Baginya, setiap perkara yang berlaku adalah takdir yang sudah diatur oleh Allah. “Tidak menyesal sama sekali. Saya percaya itu takdir yang Allah SWT sudah tetapkan untuk saya. Walaupun usia saya ketika itu masih muda, tetapi hikmahnya sangat besar dalam kehidupan saya hari ini,” ujarnya penuh yakin.

Apabila ditanya soal zuriat, penyanyi yang sinonim dengan lagu balada itu menyerahkan sepenuhnya kepada ketentuan Ilahi. Menurutnya, soal cahaya mata bukan perkara yang boleh didesak, sebaliknya memerlukan kesabaran dan kebergantungan penuh kepada rezeki Allah. “Itu tiada jawapan, semua rezeki daripada Dia. Kami bukan tidak berusaha, tetapi jawapan itu hanya ada pada Allah. Saya dan isteri sentiasa berdoa agar suatu hari nanti dikurniakan rezeki itu,” jelasnya.
Untuk rekod, Haqiem Rusli selamat mendirikan rumah tangga dengan Anis Sofea pada 19 November 2021 di Cyberjaya dengan dua kali lafaz. Kehidupan mereka sejak itu kekal bahagia meskipun sibuk dengan kerjaya masing-masing, malah pasangan muda ini sering menjadi perhatian peminat kerana aura serasi yang ditunjukkan. Bagi Haqiem, kebahagiaan rumah tangga bukan hanya pada soal zuriat, tetapi lebih kepada bagaimana dia dan isteri saling melengkapi serta menjadi penguat semangat antara satu sama lain.

Bagi peminat setia, perubahan positif yang ditunjukkan Haqiem selepas bergelar suami jelas membuktikan bahawa perkahwinan bukan penghalang kepada kerjaya seni, sebaliknya menjadi pendorong untuk terus berjaya dalam kehidupan. Haqiem kini lebih fokus, lebih tenang dan matang dalam membuat keputusan, sambil tetap aktif dalam dunia muzik yang telah melambungkan namanya sebagai salah seorang bintang generasi muda paling berpengaruh.

1 month ago
72

![[VIDEO] Menghina Pakai Burka, Siapakah Pauline Hanson Sebenarnya?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/e49e3860c49c6bdd05ddc1029a235362.avif)
![[VIDEO] Sikap Lincah Qadejah Di Dapur Tuai Pujian Ramai- “Contoh Yang Baik”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/3-12.jpg)

![[VIDEO] Sharifah Haneesya Luah Rasa Terharu Dapat Bertemu Nabila Huda-“Saya Kelu, Sangat Segan…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Met-the-person-who-inspired-me-to-be-an-actress✨I-watched-her-acting-in-Bohsia-2009-n-i-was-9-yr-e1764048495706.jpg)
![[VIDEO] Kenapa Kamal Adli Digelar Shahrukh Khan Malaysia?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-25-at-12.09.42.jpeg)
![[VIDEO] Ditanya Jika Akan Hadir Ke Majlis Kahwin ‘Ex’, Ini Jawapan Bella Astillah](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/1-17.jpg)



![[VIDEO] Gelagat Siti Nurhaliza ‘Pecah Rahsia’ Lagu Yang Akan Dinyanyikan Di Konsertnya Nanti..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2318.jpeg)
![[VIDEO] Netizen Terhibur Dengar Anzalna Menyanyi-“Macam-Macam Suara Keluar”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2317.jpeg)
![[VIDEO] Leona Menari Dengan Dato Seri Vida, Lain Pula Ungkapan Cik B..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2316.jpeg)

































![[VIDEO] Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Pandai Shopping Sendiri Buatkan Netizen Teruja](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-14.jpg)


![[VIDEO] Gelagat Ebit Lew Bertemu Sajat, Cetus Usikan Netizen!-“Boleh Je Salam..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/71382A9E-F8B8-43D6-8D64-A40B0C9165C4.jpeg)