Penyanyi dan pelakon, Farahdhiya meluahkan rasa sebak apabila ibunya kembali pulang ke London setelah hampir tiga bulan bersamanya di Malaysia sejak September lalu.
Farahdhiya atau nama sebenar, Nur Faradhiya Mohd Amin menerusi hantaran di Instagram turut berkongsi momen dia menghantar ibunya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang.
“Bangun tidur terasa kosong. Apabila mereka pergi, mereka membawa sebahagian daripada diri kita bersama.
Ini bukan ucapan selamat tinggal, tetapi jumpa ibu nanti. Saya bakal merindui ibu sehingga kita bertemu lagi. Tolong jaga diri, kita akan jumpa lagi tahun hadapan InsyaAllah. Saya sayangkan ibu sangat-sangat.”-kongsi Farahdhiya di Instagram
“Laju Your Mom Jalan…”

Di ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan doa buat ibu Farahdhiya, malah ramai yang memuji berkongsi rasa kagum melihat keadaan ibunya yang sangat cergas berjalan di lapangan terbang biarpun sudah berusia 75 tahun.
“Nak balik dah? Kejap je rasa. Have a safe journey to your mummy.”
“Alhamdulillah ibu awak masih nampak sihat dan cergas. Moga dipermudahkan semuanya.”
“Laju your mom jalan, cergas. Semoga sentiasa sihat dan dalam lindungan dan limpah rahmat Allah.”
“Mama kak Farah tak nak tinggal sini ke. Kita pulak yang sedih.”
“Aduh, ni yang tak best, bila mak berpisah dengan kita. Why not just ambik mak pastu suruh mak duduk je sini. Bertuah saya bila kenangkan jarak saya dengan mak saya tak sejauh Farahdhiya dengan ibu.”
“Lawa ibunya.”
Farahdhiya sebelum ini meluahkan rasa gembira apabila akhirnya dapat bertemu semula dengan ibunya yang tiba di Malaysia, dari England pada September lalu, selepas terpisah kerana masing-masing berdepan fobia menaiki kapal terbang.
Apa komen anda?

5 days ago
22

![[VIDEO] Menghina Pakai Burka, Siapakah Pauline Hanson Sebenarnya?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/e49e3860c49c6bdd05ddc1029a235362.avif)
![[VIDEO] Sikap Lincah Qadejah Di Dapur Tuai Pujian Ramai- “Contoh Yang Baik”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/3-12.jpg)

![[VIDEO] Sharifah Haneesya Luah Rasa Terharu Dapat Bertemu Nabila Huda-“Saya Kelu, Sangat Segan…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Met-the-person-who-inspired-me-to-be-an-actress✨I-watched-her-acting-in-Bohsia-2009-n-i-was-9-yr-e1764048495706.jpg)
![[VIDEO] Kenapa Kamal Adli Digelar Shahrukh Khan Malaysia?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-25-at-12.09.42.jpeg)
![[VIDEO] Ditanya Jika Akan Hadir Ke Majlis Kahwin ‘Ex’, Ini Jawapan Bella Astillah](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/1-17.jpg)



![[VIDEO] Gelagat Siti Nurhaliza ‘Pecah Rahsia’ Lagu Yang Akan Dinyanyikan Di Konsertnya Nanti..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2318.jpeg)
![[VIDEO] Netizen Terhibur Dengar Anzalna Menyanyi-“Macam-Macam Suara Keluar”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2317.jpeg)
![[VIDEO] Leona Menari Dengan Dato Seri Vida, Lain Pula Ungkapan Cik B..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2316.jpeg)



































![[VIDEO] Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Pandai Shopping Sendiri Buatkan Netizen Teruja](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-14.jpg)
