Meski rasa bimbang menyelubungi hati, pelakon Nadzmi Adhwa hanya mampu berserah kepada doa agar perjalanan isterinya, Ardell Aryana yang kini berlayar dalam misi Global Sumud Flotilla (GSF) menuju Gaza, Palestin dipermudahkan dan dilindungi Allah SWT.

Berkongsi perkembangan terkini, Nadzmi menerima mesej daripada wakil pasukan GSF yang memaklumkan aplikasi WhatsApp isterinya tidak lagi boleh digunakan buat masa ini, sekali gus menyukarkannya untuk berhubung.
“Berita terkini (WhatsApp tidak berfungsi) pagi ini. Semoga Allah SWT lindung mereka semua,” katanya dalam hantaran di platform Threads.
Menurut Nadzmi, tiada daya upaya lain yang mampu dilakukan selain memperbanyakkan doa buat isteri tercinta. Dengan penuh pengharapan, dia menitipkan doa agar Ardell dan seluruh sukarelawan selamat tiba di bumi Gaza.

“Doa suami untuk isteri tiada hijab kan? Ya Allah dengarkanlah doaku ini! Berikan mereka kekuatan, lindungi, berkatilah dan berilah mereka sampai di bumi Gaza. Ya Allah, hanya padamu kami berserah,” ujarnya penuh sebak.
Hari ini, tular rakaman video memperlihatkan kapal aktivis GSF diganggu kapal tentera Israel hingga menyebabkan sistem komunikasi mereka turut mengalami kerosakan. Ardell bersama sukarelawan dari 45 negara kini berada di zon kuning dan semakin hampir ke zon merah, iaitu sekitar 300 batu nautika dari Semenanjung Gaza.
Sejak pelayaran bermula awal bulan lalu, konvoi bantuan yang membawa puluhan kapal layar dan bot sering ditakutkan dengan kehadiran dron dipercayai milik tentera Israel.

Selain Ardell, delegasi Malaysia yang berlepas pada 31 Ogos lalu turut disertai penyanyi Zizi Kirana, Heliza Helmi dan Hazwani Helmi serta pempengaruh, Farah Lee. Dalam perkembangan terkini, seorang sukarelawan Turkiye memaklumkan sebuah kapal Israel dikesan berada hanya 50 batu nautika dari flotila mereka malam tadi, menyebabkan semua ahli konvoi meningkatkan langkah berjaga-jaga kerana khuatir dipintas pada bila-bila masa.

1 month ago
76

![[VIDEO] Menghina Pakai Burka, Siapakah Pauline Hanson Sebenarnya?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/e49e3860c49c6bdd05ddc1029a235362.avif)
![[VIDEO] Sikap Lincah Qadejah Di Dapur Tuai Pujian Ramai- “Contoh Yang Baik”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/3-12.jpg)

![[VIDEO] Sharifah Haneesya Luah Rasa Terharu Dapat Bertemu Nabila Huda-“Saya Kelu, Sangat Segan…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Met-the-person-who-inspired-me-to-be-an-actress✨I-watched-her-acting-in-Bohsia-2009-n-i-was-9-yr-e1764048495706.jpg)
![[VIDEO] Kenapa Kamal Adli Digelar Shahrukh Khan Malaysia?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-25-at-12.09.42.jpeg)
![[VIDEO] Ditanya Jika Akan Hadir Ke Majlis Kahwin ‘Ex’, Ini Jawapan Bella Astillah](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/1-17.jpg)



![[VIDEO] Gelagat Siti Nurhaliza ‘Pecah Rahsia’ Lagu Yang Akan Dinyanyikan Di Konsertnya Nanti..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2318.jpeg)
![[VIDEO] Netizen Terhibur Dengar Anzalna Menyanyi-“Macam-Macam Suara Keluar”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2317.jpeg)
![[VIDEO] Leona Menari Dengan Dato Seri Vida, Lain Pula Ungkapan Cik B..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2316.jpeg)

































![[VIDEO] Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Pandai Shopping Sendiri Buatkan Netizen Teruja](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-14.jpg)


![[VIDEO] Gelagat Ebit Lew Bertemu Sajat, Cetus Usikan Netizen!-“Boleh Je Salam..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/71382A9E-F8B8-43D6-8D64-A40B0C9165C4.jpeg)