Satu video janaan kecerdasan buatan (AI) yang tular baru-baru ini di platform X kembali menghidupkan perbincangan hangat mengenai had sebenar teknologi dalam dunia seni lakonan dan drama.
Video berkenaan memaparkan wajah Brad Pitt ‘dipindahkan’ ke watak antagonis yang asalnya dilakonkan oleh Gary Oldman dalam filem Léon (1994).
Eksperimen ini dihasilkan menggunakan software terbaharu Higgsfield, Kling 2.6, yang dikatakan mampu memindahkan pergerakan, ekspresi wajah serta penyelarasan bibir daripada rakaman asal kepada subjek baharu.
Dari sudut teknikal, video in jelas mempamerkan kemajuan teknologi AI dalam meniru pergerakan manusia secara realistik.
Namun begitu, penerimaan orang ramai jauh daripada sebulat suara.

Mata Kosong dan Isu Jiwa Lakonan
Sebagian besar netizen tampil lantang mengkritik hasil tersebut, menyifatkannya sebagai contoh jelas mengapa AI masih gagal menandingi keaslian lakonan manusia.
Antara kritikan yang sering diulang ialah ekspresi mata yang kelihatan ‘mati’, pencahayaan yang tidak sepadan, serta aura lakonan yang dianngap hambar dan tidak bernyawa.
Ada yang berpendapat video tersebut hanya memberi “peluru tambahan” kepada golongan yang skeptikal terhadap penggunaan AI dalam industri kreatif.
Malah, terdapat komen sinis yang menyifatkan hasil itu sebagai antara contoh paling “tidak berjiwa” pernah dilihat, sekali gus mengukuhkan naratif bahawa teknologi ini masih belum bersedia menggantikan sentuhan manusia dalam seni lakonan.
via X /@Zechlift
via X /@selashiloni
via X /@YourFriendKevinPenyokong Akui Potensi, Tapi Belum Sempurna
Dalam masa yang sama, segelintir pengguna tampil mempertahankan eksperimen berkenaan. Mereka memuji keupayaan AI tersebut meniru pergerakan halus dan dinamik tinggi, termasuk ekspresi muka yang kompleks dan pergerakan tubuh yang lancar.
Bagi mereka, ini membuktikan bahawa teknologi AI sedang bergerak ke arah yang semakin canggih, khususnya dalam konteks visual dan hiburan digital.
Namun, walaupun dalam kalangan yang menyokong, ramai mengakui bahawa hasil tersebut masih belum mencapai tahap “sentuhan Hollywood”.
AI mungkin mampu meniru bentuk dan gerak, tetapi emosi, intensiti dan kehadiran watak melalui elemen yang menjadikan lakonan benar-benar hidup masih sukar untuk disalin sepenuhnya.
AI Kuat Sebagai Meme, Lemah Sebagai Seni
Perdebatan ini secara tidak langsung menyorot realiti semasa penggunaan AI dalam dunia hiburan.
Teknologi ini terbukti berkesan untuk kandungan bersifat eksperimen, parodi atau meme, tetapi apabila diuji dalam konteks sinema yang menuntut emosi dan jiwa, kelemahannya mula terserlah.
Video ini bukan sekadar eksperimen visual, tetapi satu cerminan perbincangan lebih besar tentang masa depan AI dalam industri kreatif.
Teknologi mungkin semakin pintar, tetapi buat masa ini, “spark” manusia masih sukar untuk digantikan dan netizen, jelas sekali, belum bersedia untuk berkompromi.

1 month ago
63








![[VIDEO] “Akan Bubar?!”- Reaksi Ahli BLACKPINK Di Konsert Terakhir Cetus Spekulasi](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/7-5.webp)
![[VIDEO] ZUS Coffee Versi Pantai: Spot Lepak Paling ‘Dreamy’ Buat Kaki Healing](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/zus-coffee-1.webp)

























![[VIDEO] Isaac Raees Teruja Dapat Tengok Binatang Di Zoo Taiping-“Jenuh Nak Layan 2 Anak”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-17.jpg)






![[VIDEO] Ayah Amira Othman Hadiahkan Alunan Piano Di Majlis Resepsi Perkahwinannya..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-16.jpg)



![[VIDEO] Heliza & Hazwani Helmi Dedah Layanan Kejam Ketika Diculik Tentera ‘Israhell’!-“Terpaksa Minum Air Tandas…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/img_6679.jpg)


