“Belum Tamat Lagi” – Datuk Red Titip Pesanan Buat Kamal Adli Di Tengah Isu Rumah Tangga Dengan Uqasha

1 week ago 41

Pernah melalui detik getir dalam rumah tangga, usahawan dan pempengaruh sensasi, Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Datuk Red tampil memberi semangat buat pelakon Kamal Adli agar kekal kuat berdepan ujian perkahwinan bersama isterinya, pelakon Uqasha Senrose. Melalui ruangan komen di TikTok, Datuk Red menitipkan pesanan ringkas namun penuh makna.

“Terus kuat, belum tamat lagi,” sebagai tanda sokongan moral kepada Kamal yang kini sedang melalui fasa sukar dalam kehidupan peribadi.

Ucapan itu menarik perhatian ramai selepas Kamal memuat naik video lama memaparkan momen bahagia bersama Uqasha dan anak mereka, Hawra Uqaira. Video tersebut menampakkan suasana penuh kasih sayang yang nyata menimbulkan rasa sayu dalam kalangan peminat. Rata-rata netizen menganggap hantaran itu dibuat kerana Kamal merindui isteri dan anaknya yang kini menjadi tumpuan setelah hubungan mereka dikatakan berada di ambang perpisahan.

“Kadang-kadang kita nampak kekuatan seseorang, tapi dalam hati dia sebenarnya sedang berperang dengan rindu,” tulis salah seorang pengguna. Tidak kurang juga yang menitipkan doa agar rumah tangga pasangan selebriti itu dapat diselamatkan.

Terdahulu, rumah tangga Kamal dan Uqasha didakwa bergolak sejak April lalu, sebelum desas-desus itu akhirnya terbukti benar apabila Uqasha memfailkan permohonan cerai pada 1 Oktober lalu. Kes mereka kini masih dalam proses mahkamah, dengan 19 November ditetapkan sebagai tarikh sebutan semula.

Pasangan popular itu disatukan dalam majlis tertutup di Janda Baik, Pahang pada 5 November 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang kini berusia 11 bulan. Sokongan Datuk Red terhadap Kamal menimbulkan pelbagai reaksi memandangkan beliau sendiri pernah melalui pengalaman sama bersama bekas isterinya, penyanyi Adira Suhaimi, sekali gus menjadikan nasihatnya lebih bermakna dalam situasi yang sedang dialami pelakon berusia 39 tahun itu.

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |