Tidak menjadikan usia sebagai penghalang untuk terus aktif, pelakon veteran Norlia Ghani, 77, kini menjadikan media sosial sebagai medan rezeki baharunya. Mengakui masih menerima tawaran berlakon namun dengan bayaran yang disifatkan tidak sepadan, Norlia atau mesra disapa Mama memilih untuk memanfaatkan pengaruhnya di platform digital dengan membuat ulasan berbayar (paid review) bagi pelbagai produk dan perkhidmatan.

Menurut Norlia, beliau terbuka menerima apa sahaja produk untuk diulas termasuk daripada pengusaha makanan, namun buat masa ini tumpuannya hanya kepada perniagaan yang beroperasi di sekitar Selangor memandangkan beliau menetap di negeri itu. “Memang kurang show sekarang, tetapi Mama buat paid review. Apa-apa produk atau servis Mama terima, tiada hendak demand. Kami ada kumpulan dan memang seronok buat kerja macam ini. Komitmennya berbeza dengan berlakon,” katanya ketika ditemui pada majlis makan malam sempena program Jelajah Santai Artis Seni Kreatif, baru-baru ini.
Dalam pada itu, Norlia tidak menafikan masih menerima tawaran lakonan namun kebanyakannya melibatkan watak ibu atau nenek yang kini turut menjadi rebutan ramai pelakon lain. Situasi itu menjadikan persaingan semakin sengit dan mendorongnya untuk tidak terlalu bergantung kepada bidang lakonan. “Rindu untuk berlakon memang ada, tengoklah kalau ada rezeki, adalah,” katanya yang sudah lebih lima dekad berkecimpung dalam dunia seni.

Biarpun kini menetap di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Tun Razak, Cheras, Norlia berharap permohonannya untuk berpindah ke PPR lain yang lebih dekat dengan ibu kota dapat dipertimbangkan.
Menjawab pertanyaan mengenai hubungan dengan bekas menantunya, komposer terkenal Sharon Paul, 48, Norlia menjelaskan mereka masih berhubung dan sering bertanya khabar melalui telefon. Katanya lagi, anaknya, pelakon dan pengarah Rusdi Ramli, 55, kini sibuk dengan penggambaran filem terbaharu bersama pengarah tersohor Datuk Paduka Shuhaimi Baba. “Saya dan Sharon masih berhubung sebab ada dua cucu. Mama tidak tahu masalah mereka sebab tak heboh, mereka selesai sendiri,” ujarnya tenang.

Untuk rekod, Sharon mengesahkan sudah bercerai dengan Rusdi pada Julai lalu selepas gagal menemui penyelesaian terhadap isu rumah tangga yang membelenggu mereka. Walaupun berdepan pelbagai ujian dalam kehidupan peribadi dan kerjaya, Norlia kekal positif dan bersemangat meneruskan hidup dengan cara yang lebih berdikari dan relevan dengan zaman.

1 month ago
78

![[VIDEO] Menghina Pakai Burka, Siapakah Pauline Hanson Sebenarnya?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/e49e3860c49c6bdd05ddc1029a235362.avif)
![[VIDEO] Sikap Lincah Qadejah Di Dapur Tuai Pujian Ramai- “Contoh Yang Baik”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/3-12.jpg)

![[VIDEO] Sharifah Haneesya Luah Rasa Terharu Dapat Bertemu Nabila Huda-“Saya Kelu, Sangat Segan…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Met-the-person-who-inspired-me-to-be-an-actress✨I-watched-her-acting-in-Bohsia-2009-n-i-was-9-yr-e1764048495706.jpg)
![[VIDEO] Kenapa Kamal Adli Digelar Shahrukh Khan Malaysia?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-25-at-12.09.42.jpeg)
![[VIDEO] Ditanya Jika Akan Hadir Ke Majlis Kahwin ‘Ex’, Ini Jawapan Bella Astillah](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/1-17.jpg)



![[VIDEO] Gelagat Siti Nurhaliza ‘Pecah Rahsia’ Lagu Yang Akan Dinyanyikan Di Konsertnya Nanti..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2318.jpeg)
![[VIDEO] Netizen Terhibur Dengar Anzalna Menyanyi-“Macam-Macam Suara Keluar”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2317.jpeg)
![[VIDEO] Leona Menari Dengan Dato Seri Vida, Lain Pula Ungkapan Cik B..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2316.jpeg)

































![[VIDEO] Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Pandai Shopping Sendiri Buatkan Netizen Teruja](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-14.jpg)


![[VIDEO] Gelagat Ebit Lew Bertemu Sajat, Cetus Usikan Netizen!-“Boleh Je Salam..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/71382A9E-F8B8-43D6-8D64-A40B0C9165C4.jpeg)