RTM membawakan dokumentari istimewa bertajuk Aspirasi Untuk Inspirasi, menampilkan 13 tokoh wanita hebat dari pelbagai bidang yang telah memberi impak besar dalam pembangunan negara.
13 Ikon Wanita, 13 Kisah Mengagumkan
via RTMBermula 6 Oktober ini, setiap Isnin hingga Rabu jam 12.30 tengah hari di saluran Okey dan RTMKlik, penonton akan disajikan dengan kisah penuh inspirasi tokoh seperti Tan Sri Dr. Salma Ismail, doktor wanita pertama Malaysia; Lt. Kol. Emilia Kamaruddin, juruterbang pesawat pejuang wanita pertama; dan Tun Dato’ Seri Utama Tengku Maimun, wanita pertama memegang jawatan Ketua Hakim Negara.
Setiap tokoh membawa latar belakang berbeza, daripada dunia perundangan, perubatan, seni hingga arkeologi dan ini membuktikan wanita Malaysia mampu cemerlang di pentas nasional dan antarabangsa.
Seni, Suara & Warisan Bangsa
via RTMDunia seni turut diserikan dengan kehadiran nama-nama besar seperti Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Biduanita Negara 2024 yang telah menjulang nama Malaysia selama hampir 30 tahun di persada muzik serantau.
Tidak ketinggalan, Tan Sri Michelle Yeoh yang mencipta sejarah sebagai pelakon Asia pertama memenangi Anugerah Oscar, serta Puan Sri Tiara Jacquelina, pelopor produksi teater bertaraf dunia.
Turut diketengahkan, penulis lirik tersohor Datuk Habsah Hassan dan Datuk Hajah Fauziah Nawi yang menjadi legenda dalam dunia lakonan tanah air.
Kisah-kisah ini bukan sekadar tentang kemasyhuran, tetapi tentang ketekunan, kesungguhan dan semangat wanita yang tidak pernah luntur.
Legasi yang Terus Menginspirasi
via RTMAspirasI Untuk Inspirasi turut memberi penghargaan kepada tokoh-tokoh warisan seperti Ibu Zain, yang memperjuangkan bahasa Melayu hingga lahirnya Dewan Bahasa dan Pustaka, serta tokoh kraf Mek Nab yang mengangkat seni tradisi ke peringkat negara.
Tidak dilupakan, Puan Sri Saloma — ikon seni suara tanah air yang telah dirakamkan dalam sejarah sebagai Biduanita Negara pertama.
Kesemua episod ini membuktikan bahawa wanita Malaysia bukan hanya simbol kekuatan, tetapi juga sumber inspirasi yang wajar diraikan.
Saksikan kisah-kisah penuh makna ini hanya di RTM, sebagai penghormatan kepada perjuangan wanita yang telah mencorakkan wajah Malaysia hari ini.

1 month ago
61

![[VIDEO] Menghina Pakai Burka, Siapakah Pauline Hanson Sebenarnya?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/e49e3860c49c6bdd05ddc1029a235362.avif)
![[VIDEO] Sikap Lincah Qadejah Di Dapur Tuai Pujian Ramai- “Contoh Yang Baik”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/3-12.jpg)

![[VIDEO] Sharifah Haneesya Luah Rasa Terharu Dapat Bertemu Nabila Huda-“Saya Kelu, Sangat Segan…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Met-the-person-who-inspired-me-to-be-an-actress✨I-watched-her-acting-in-Bohsia-2009-n-i-was-9-yr-e1764048495706.jpg)
![[VIDEO] Kenapa Kamal Adli Digelar Shahrukh Khan Malaysia?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-25-at-12.09.42.jpeg)
![[VIDEO] Ditanya Jika Akan Hadir Ke Majlis Kahwin ‘Ex’, Ini Jawapan Bella Astillah](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/1-17.jpg)



![[VIDEO] Gelagat Siti Nurhaliza ‘Pecah Rahsia’ Lagu Yang Akan Dinyanyikan Di Konsertnya Nanti..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2318.jpeg)
![[VIDEO] Netizen Terhibur Dengar Anzalna Menyanyi-“Macam-Macam Suara Keluar”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2317.jpeg)
![[VIDEO] Leona Menari Dengan Dato Seri Vida, Lain Pula Ungkapan Cik B..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2316.jpeg)

































![[VIDEO] Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Pandai Shopping Sendiri Buatkan Netizen Teruja](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-14.jpg)


![[VIDEO] Gelagat Ebit Lew Bertemu Sajat, Cetus Usikan Netizen!-“Boleh Je Salam..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/71382A9E-F8B8-43D6-8D64-A40B0C9165C4.jpeg)