Pelakon, Anna Jobling, berjaya mengharumkan nama Malaysia selepas dinobatkan sebagai pemenang trofi Outstanding Asian Star di Seoul International Drama Awards 2025 (SDA) yang berlangsung di Yeouido KBS Hall, Seoul, Korea Selatan, semalam.
Jangan Petik Nama Ibu & Bapa Setiap Kali Menang Anugerah

Walaubagaimanapun, lain pula reaksi ibunya, Ariz Ayop menerusi hantaran di Insta Stories, yang memetik nama pengurus kepada Anna untuk menitipkan pesanan buat anak perempuannya itu agar tidak menyebut nama dia dan suami apabila memenangi sebarang anugerah.
Tegas Ariz, dia tidak membesarkan Anna untuk membuang ibu dan keluarga sedemikian rupa.
“Eh Shawn Amer, boleh tak lepas ni kau jangan suruh anak aku sebut ‘terima kasih ibu dan ayah saya’ bila dia menang apa-apa? Jangan petik nama bapa atau mak dia.
Kiteorang tak besarkan dia supaya dia buang mak, buang family macam ni. Kau dengan Linda, yang muka tak malu, manipulate anak aku, suruh je lah anak aku sebut nama korang tu, nak sangat jadi terpaling kan.”-tegas Ariz di Instagram
“Allah Sahaja Yang Tahu..”
via @dramasangatTambah Ariz, hanya Allah sahaja yang mengetahui berapa banyak air mata yang dititiskan pada setiap malam, selain menyifatkan pengurus Anna yang menjadi ‘mastermind’ kepada anak perempuannya itu.
“Thank you my mum and dad. Kekononnya kau lah anak yang terpaling appreciate mak bapa kau.
Shawn Amer jadi mastermind kau. Padahal Allah sahaja yang tahu apa yang terselindung di sebalik mekap, baju cantik, hidup glamour kau tu.
Allah sahaja yang tahu banyak mana air mata aku berjurai siang dan malam.”-tulis Ariz lagi

Terdahulu, Ariz pernah meluahkan rasa keliru selepas menerima surat peguam daripada pihak Anna, hanya beberapa hari selepas dia menitipkan doa penuh kasih untuk ulang tahun kelahiran anak perempuannya yang ke-25.
Bayangkan, niatnya sekadar menyampaikan ucapan dan doa, namun dibalas dengan tindakan undang-undang yang seolah-olah menutup segala ruang perbincangan.
Malah, Ariz sendiri tidak menyangka bahawa Anna sanggup melangkah sejauh itu untuk memutuskan secara kekal hubungan mereka sebagai ibu dan anak, sesuatu yang bagi Ariz terlalu sukar untuk diterima.

1 month ago
90

![[VIDEO] Menghina Pakai Burka, Siapakah Pauline Hanson Sebenarnya?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/e49e3860c49c6bdd05ddc1029a235362.avif)
![[VIDEO] Sikap Lincah Qadejah Di Dapur Tuai Pujian Ramai- “Contoh Yang Baik”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/3-12.jpg)

![[VIDEO] Sharifah Haneesya Luah Rasa Terharu Dapat Bertemu Nabila Huda-“Saya Kelu, Sangat Segan…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Met-the-person-who-inspired-me-to-be-an-actress✨I-watched-her-acting-in-Bohsia-2009-n-i-was-9-yr-e1764048495706.jpg)
![[VIDEO] Kenapa Kamal Adli Digelar Shahrukh Khan Malaysia?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-25-at-12.09.42.jpeg)
![[VIDEO] Ditanya Jika Akan Hadir Ke Majlis Kahwin ‘Ex’, Ini Jawapan Bella Astillah](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/1-17.jpg)



![[VIDEO] Gelagat Siti Nurhaliza ‘Pecah Rahsia’ Lagu Yang Akan Dinyanyikan Di Konsertnya Nanti..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2318.jpeg)
![[VIDEO] Netizen Terhibur Dengar Anzalna Menyanyi-“Macam-Macam Suara Keluar”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2317.jpeg)
![[VIDEO] Leona Menari Dengan Dato Seri Vida, Lain Pula Ungkapan Cik B..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2316.jpeg)

































![[VIDEO] Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Pandai Shopping Sendiri Buatkan Netizen Teruja](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-14.jpg)


![[VIDEO] Gelagat Ebit Lew Bertemu Sajat, Cetus Usikan Netizen!-“Boleh Je Salam..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/71382A9E-F8B8-43D6-8D64-A40B0C9165C4.jpeg)