Ahli kumpulan DOLLA, Angel dan Tabby mencuri perhatian netizen selepas akhirnya berkongsi momen perkahwinan Sabronzo bersama suaminya, Dash Berlin.
Sebelum ini, nama Sabronzo menjadi bualan ramai selepas tular sekeping foto yang memaparkan dirinya yang didakwa telah berkahwin dengan jejaka pilihan hatinya itu.

Menerusi perkongsian di Instagram, Tabby sempat mengusik dengan menyatakan bahawa Sabronzo telah ‘terikat’ seumur hidupnya.
“Sangat gembira untuk kamu Sabronzo ❤️ Bali adalah salah satu memori yang indah.
Salah seorang dari kami kini terikat untuk seumur hidup! Bukanlah kerana dia tidak begitu sebelum ini, kerana Sabronzo dengan jelas berkahwin dengan DOLLA hahaha jkjk.”-kapsyen Tabby di Instagram
Tumpang Bahagia Buat Sabronzo & Ryan
Dalam pada itu, Angel menerusi hantaran di Instagram turut ‘tumpang bahagia’ dapat meraikan penyatuan pasangan serasi, Sabronzo dan Ryan selain menitipkan ucapan agar pasangan ini kekal bahagia.
“Raikan cinta 💍❤️ Tahniah kepada pasangan cantik Sabrina dan Ryan. Sangat gembira menjadi sebahagian daripada majlis perkahwinan yang indah ini, semoga kalian berdua dikurniakan cinta dan kebahagiaan sepanjang hayat.”-tulis Angel di Instagram
“Bagus Kawan-Kawan Pun Sama-Sama Tunggu Tuan Badan Reveal Sendiri..”

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap Angel dan Tabby yang sama-sama menghormati Sabronzo untuk mengumumkan perkahwinannya sendiri, malah ramai yang mengkritik sikap segelintir netizen lain yang ‘gelabah’ dengan perkahwinan penyanyi kelahiran Kelantan ini.
“Bagus kawan-kawan pun sama-sama tunggu tuan badan reveal sendiri. Netizen yang gelabah.”
“See Tabby slim je. Saya tak faham kenapa ada haters kata Tabby ahli yang paling besar sebab tu selalu dapat baju pelik dalam DOLLA.”
“The bond is everything.”
“Lama korang simpan rahsia ek.”
Baru-baru ini, Sabronzo akhirnya mengesahkan bahawa dia sah bergelar isteri kepada suaminya yang merupakan seorang DJ Belanda dan penerbit muzik elektronik yang kini menjadi ahli utama kumpulan terkenal, Dash Berlin.

1 month ago
76

![[VIDEO] Menghina Pakai Burka, Siapakah Pauline Hanson Sebenarnya?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/e49e3860c49c6bdd05ddc1029a235362.avif)
![[VIDEO] Sikap Lincah Qadejah Di Dapur Tuai Pujian Ramai- “Contoh Yang Baik”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/3-12.jpg)

![[VIDEO] Sharifah Haneesya Luah Rasa Terharu Dapat Bertemu Nabila Huda-“Saya Kelu, Sangat Segan…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Met-the-person-who-inspired-me-to-be-an-actress✨I-watched-her-acting-in-Bohsia-2009-n-i-was-9-yr-e1764048495706.jpg)
![[VIDEO] Kenapa Kamal Adli Digelar Shahrukh Khan Malaysia?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-25-at-12.09.42.jpeg)
![[VIDEO] Ditanya Jika Akan Hadir Ke Majlis Kahwin ‘Ex’, Ini Jawapan Bella Astillah](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/1-17.jpg)



![[VIDEO] Gelagat Siti Nurhaliza ‘Pecah Rahsia’ Lagu Yang Akan Dinyanyikan Di Konsertnya Nanti..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2318.jpeg)
![[VIDEO] Netizen Terhibur Dengar Anzalna Menyanyi-“Macam-Macam Suara Keluar”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2317.jpeg)
![[VIDEO] Leona Menari Dengan Dato Seri Vida, Lain Pula Ungkapan Cik B..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2316.jpeg)

































![[VIDEO] Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Pandai Shopping Sendiri Buatkan Netizen Teruja](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-14.jpg)


![[VIDEO] Gelagat Ebit Lew Bertemu Sajat, Cetus Usikan Netizen!-“Boleh Je Salam..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/71382A9E-F8B8-43D6-8D64-A40B0C9165C4.jpeg)