RTM mempersembahkan program majalah sukan terbaru, Aksi Tanpa Batas, yang membawa penonton meneroka 13 jenis sukan unik dan lasak bersama hos bertenaga, Taufik Hanafi.
Terokai Dunia Sukan Lasak
via Instagram Taufiq HanafiBersiaran setiap Selasa, jam 9 malam di saluran Okey dan RTMKlik, rancangan ini bukan sekadar tontonan santai, tetapi satu pengalaman visual yang penuh aksi dan inspirasi.
Setiap episod membawa penonton menyelami sejarah, teknik, dan komuniti di sebalik sukan yang diketengahkan.
Lebih menarik, Taufik sendiri mencabar diri mencuba aksi-aksi sukan tersebut!
Dari Skateboard Hingga Memanah Berkuda
via RTMDaripada aksi meluncur papan dalam Skateboarding bersama Fairuzal Rahman, hingga ke cabaran menunggang dan memanah dalam Memanah Berkuda bersama Tuan Akmal Dahalan.
Aksi Tanpa Batas membawa variasi sukan yang jarang dilihat di kaca TV dan rogram ini memperkenalkan atlet dan ikon tempatan seperti Sazali Samad (Bodybuilding), Shahril Arsat (Footgolf) dan Nurul Ain Ismail (Muay Thai) yang berkongsi ilmu serta semangat mereka.
Penonton juga akan teruja melihat aksi-aksi lasak seperti Motocross, Downhill, dan Tricking yang menggabungkan keberanian, kekuatan dan kreativiti.
Lebih Daripada Sekadar Hiburan
via Instagram Taufiq HanafiAksi Tanpa Batas bukan hanya menghiburkan, tetapi juga mendidik.
Segmen-segmen seperti Sukan Kali Ini, Bro Cuba, dan Komuniti Kami mendedahkan penonton kepada sejarah, teknik dan impak sukan terhadap komuniti.
Di akhir setiap episod, penonton disajikan dengan segmen Sepatah Dua Kata yang merupakan kata semangat daripada ikon sukan yang menjadi inspirasi buat semua.
Dengan gabungan visual menarik, kisah inspiratif dan aksi mencabar, RTM sekali lagi membuktikan komitmennya dalam menghasilkan kandungan berkualiti tinggi.
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan dunia sukan yang penuh warna dan adrenalin ini hanya di RTM!

1 month ago
75

![[VIDEO] Menghina Pakai Burka, Siapakah Pauline Hanson Sebenarnya?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/e49e3860c49c6bdd05ddc1029a235362.avif)
![[VIDEO] Sikap Lincah Qadejah Di Dapur Tuai Pujian Ramai- “Contoh Yang Baik”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/3-12.jpg)

![[VIDEO] Sharifah Haneesya Luah Rasa Terharu Dapat Bertemu Nabila Huda-“Saya Kelu, Sangat Segan…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Met-the-person-who-inspired-me-to-be-an-actress✨I-watched-her-acting-in-Bohsia-2009-n-i-was-9-yr-e1764048495706.jpg)
![[VIDEO] Kenapa Kamal Adli Digelar Shahrukh Khan Malaysia?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-25-at-12.09.42.jpeg)
![[VIDEO] Ditanya Jika Akan Hadir Ke Majlis Kahwin ‘Ex’, Ini Jawapan Bella Astillah](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/1-17.jpg)



![[VIDEO] Gelagat Siti Nurhaliza ‘Pecah Rahsia’ Lagu Yang Akan Dinyanyikan Di Konsertnya Nanti..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2318.jpeg)
![[VIDEO] Netizen Terhibur Dengar Anzalna Menyanyi-“Macam-Macam Suara Keluar”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2317.jpeg)
![[VIDEO] Leona Menari Dengan Dato Seri Vida, Lain Pula Ungkapan Cik B..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2316.jpeg)

































![[VIDEO] Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Pandai Shopping Sendiri Buatkan Netizen Teruja](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-14.jpg)

![[VIDEO] Gelagat Ebit Lew Bertemu Sajat, Cetus Usikan Netizen!-“Boleh Je Salam..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/71382A9E-F8B8-43D6-8D64-A40B0C9165C4.jpeg)
![[VIDEO] Reaksi Tengku Jihan Peroleh ‘Mini Love’ Dari Rakyat Buatkan Ramai Terhibur](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Vevo-39.png)