Isu kematian seekor anjing ketika operasi tangkapan oleh Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) masih menjadi bualan hangat di media sosial. Di sebalik pelbagai pandangan yang muncul, penyanyi Stacy turut berkongsi pengalaman peribadinya membela anjing di threads.
Stacy Kongsi Pengalaman Sendiri
Menurut Stacy, hanya mereka yang pernah memelihara anjing benar-benar memahami perangai haiwan itu.
“Yang piara anjing ja tahu macam mana gaya anjing. Kalau dia baik, baik juga. Tapi kalau dia tengah jahat memang sangat bahaya. Lima kali juga saya pernah kena gigit anjing dulu tau.”
Netizen Kongsi Pengalaman Sama
Ruangan komen turut dibanjiri pelbagai kisah daripada netizen. Ada yang mengingatkan bahawa bukan anjing sahaja boleh menggigit.
“Jangan kata anjing, kucing pun menggigit. Saya bela tujuh ekor kucing. Tapi semua dalam rumah, tak roaming ganggu jiran.”
Seorang lagi berkongsi pengalaman pahit apabila digigit anjing peliharaan keluarganya selepas haiwan itu melahirkan anak.
“Masa dia menyusukan anak, saya nak ambil barang bawah rumah padi. Tiba-tiba dia gigit paha saya. Sampai sekarang parut masih ada.”
Bagi MURAI, perkongsian seperti ini sedikit sebanyak membuka mata bahawa haiwan juga mempunyai naluri semula jadi, terutama ketika melindungi anak atau berasa terancam. Sebab itu, soal keselamatan dan pemilikan secara bertanggungjawab memang tak boleh dipandang ringan.
Dalam masa sama, MBDK menjelaskan tiada sebarang pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) berlaku ketika operasi tangkapan anjing liar di Taman Teluk Gedung Indah. Datuk Bandar MBDK, Datuk Abd Hamid Hussain berkata, kekecohan berlaku apabila individu yang mengaku sebagai pemilik anjing mengganggu operasi tersebut.
Kes itu kini disiasat polis mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan berkaitan kesalahan khianat dengan membunuh haiwan.
Apa pun pendirian masing-masing, MURAI rasa semua pihak wajar beri ruang kepada siasatan berjalan. Dalam isu macam ni, emosi memang tinggi, tapi penyelesaian terbaik tetap datang daripada fakta, undang-undang dan rasa tanggungjawab terhadap haiwan serta keselamatan orang ramai.
Thumbs
Thumbs
1
Hearts
Hearts
3
Haha
Haha
5
Star
Star
2
Sad
Sad
Weary
Weary

1 month ago
79












![[VIDEO] Baru Nak Goreng Popadom, Sekali Ada Kesan Tapak Kaki- Netizen Kongsi Jenama Halal & Selamat Dibeli](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/09/1-3.webp)



![[VIDEO] Buat Isyarat Tangan Semasa Miss World 2026, Sikap Miss World Paraguay Tuai Kontroversi](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/09/picture-9.webp)

![[VIDEO] Mak Ayah Kena Alert! ‘Squishy Dumpling’ Didakwa Ada Bahan Kimia Yang Berbahaya](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/09/3-2.webp)

![[VIDEO] Mengaku Ada MyKad, Sikap 2 Minah Saleh ‘Cop’ Parkir Cetus Kemarahan](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/09/2-2.webp)













![[REVIEW] Dr Anwar Naha Dalang Kematian Ahyan Atau Sekadar ‘Umpan’? Episod 7 GBGTH Cetus Teori Baharu](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/06/Feature-Image-2000-Px-PHIC-10-1.webp)









![[VIDEO] Ain Edruce Realisasi Impian Soraya Naik Disney Cruise Sempena Hari Lahir, Curi Perhatian Netizen!](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/05/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-3-4.webp)








