[VIDEO] Netizen Berang Selepas Rekha Kongsi Kisah Cinta Berat Sebelah Dengan Big B

6 days ago 16

Selepas bertahun-tahun, pelakon veteran Bollywood, Rekha sekali lagi viral selepas bercakap mengenai cintanya terhadap Amitabh Bachchan (yang turut dikenali sebagai Big B).

Ketika muncul di salah satu episod di rancangan Netflix ‘The Great Indian Kapil Show’ baru-baru ini, Rekha menceritakan bagaimana dia berada dalam situasi cinta berat sebelah dengan suami Jaya Bachchan itu.

Foto – @surajit_ghosh2 (X) / Bollywood Shaadis

“Saya masih belum menjumpai lelaki, wanita yang boleh kawal perasaannya tanpa akhirnya jatuh cinta sepenuhnya, ghairah, gila, terdesak dengan si dia. Jadi kenapa saya perlu bujang? Apa yang saya kena nafikan? Saya tak jatuh cinta dengan dia? Sudah tentu saya cintakannya. Anda boleh ambil semua cinta di dunia dan tambahkan lagi. Itu yang saya rasakan untuk orang itu.”

Mendengar jawapan Rekha mengenai cintanya terhadap Amitabh, netizen menjadi berang apabila mengingatkan dia tidak pernah bercakap mengenai orang yang menyayanginya sebenar iaitu suaminya, Mukesh Argawal.

“Suaminya sangat menyayanginya, tetapi dia tidak pernah bercakap tentangnya. Sementara itu, lelaki yang sudah berkahwin yang dicintainya lebih mengutamakan keluarga berbanding dirinya. Girl, sudah bertahun-tahun berlalu”, luah netizen pertama.

“Bayangkan jatuh cinta kepada seseorang lelaki yang sudah berkahwin dan mempunyai anak. Dan Rekha menggunakan isu cintanya selama berdekad untuk popular. Cukup untuk perhatian yang anda cari, tutup kisahnya!”, luah netizen kedua.

Apa pendapat kamu?

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |