Pelakon dan penyampai radio, Neera Azizi berkongsi khabar gembira apabila dia bakal menimang cahaya mata perempuan selepas mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan hatinya, Muhammad Hafizi Mohd Noor.
Menerusi video yang dimuatnaik di Instagram, turut memaparkan Neera dan suami yang melakukan ‘gender reveal’ di hadapan Kaabah ketika mereka menunaikan ibadah Umrah bersama keluarga.
“Alhamdulillah, Kaabah menjadi saksi kami akan dianugerahkan puteri pertama kami nanti. Terima kasih Ya Allah 🤲🏻. Neera 2.0 Is Coming.”-kongsi Neera di Instagram
Dibanjiri Ucapan Tahniah & Doa

Perkongsian Neera mencetuskan rasa teruja netizen di ruangan komen, malah ramai yang mendoakan agar segala urusan ibu dan bayi di dalam kandungan dipermudahkan kelak.
“Semoga baby girl ni minat Manchester United sama macam aunty dia ni.”-Zeera Azizi
“Yeay pinky-pinky. Alhamdulillah Neera Azizi, akak macam tak percaya Neera dah nak dapat baby, rasa macam baru semalam akak mekapkan awak. Tiba-tiba dah nak dapat baby. Sukanyaaa.”
“MasyaAllah, tahniah Neera & Ustaz.”
“Comel je korang, Ustaz terus pegang bahu, tak nak bagi bini dia melompat tinggi.”
“MasyaAllah, tahniah for baby girl kak Neera. Semoga dipermudah segala urusan.”
“Comel je suami suruh calm down. Kitonyo perempuan , cepat excited.”
“Boy or girl tu tak penting. Yang penting baby sihat. Minta dengan Allah depan Kaabah semoga anak dirahmati Allah, sihat tubuh badan, dan jadi orang yang berguna pada ibubapa, bangsa, dan negara.”
“Tahniah Neera, suka betul tengok perjalanan Neera yang sekarang.”
Sekadar info, Neera Azizi mendirikan rumah tangga bersama mutawif pilihan hatinya, Muhammad Hafizi Mohd Noor pada 11 Julai 2025. Hasil perkahwinan, pasangan ini bakal dikurniakan cahaya mata perempuan.
Apa komen anda?

1 month ago
77











![[VIDEO] “Akan Bubar?!”- Reaksi Ahli BLACKPINK Di Konsert Terakhir Cetus Spekulasi](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/7-5.webp)
![[VIDEO] ZUS Coffee Versi Pantai: Spot Lepak Paling ‘Dreamy’ Buat Kaki Healing](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/zus-coffee-1.webp)






















![[VIDEO] Isaac Raees Teruja Dapat Tengok Binatang Di Zoo Taiping-“Jenuh Nak Layan 2 Anak”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-17.jpg)






![[VIDEO] Ayah Amira Othman Hadiahkan Alunan Piano Di Majlis Resepsi Perkahwinannya..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-16.jpg)



![[VIDEO] Heliza & Hazwani Helmi Dedah Layanan Kejam Ketika Diculik Tentera ‘Israhell’!-“Terpaksa Minum Air Tandas…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/img_6679.jpg)


