TTDI Kembali Berbau Durian! Durian King Buat Comeback

19 hours ago 7

Kalau anda pernah lepak TTDI sejak 2015, nama Durian King memang tak asing. Cendol durian mangkuk besar, isi Musang King padu, vibe santai petang-petang semua itu sudah sebati dengan warga Lembah Klang.

Tapi bila gerai ikonik ini tiba-tiba tutup lebih 14 bulan, ramai pelanggan setia tertanya-tanya… “Eh, Durian King pergi mana sebenarnya?” Rupanya, penutupan itu hanyalah salah faham berkaitan lesen perniagaan antara pihak berkuasa dan pihak Durian King.

Selepas rayuan menyeluruh bersama Pejabat Ahli Parlimen Segambut, Datuk Bandar Kuala Lumpur dan sokongan kuat daripada Menteri Pertanian yang memahami kepentingan industri durian kepada petani, pekerja industri makanan serta ekonomi tempatan, Durian King TTDI akhirnya diberi kebenaran untuk kembali beroperasi.

Pemiliknya, Erik Ong, turut meluahkan rasa syukur serta menghargai semua pihak yang membantu menghidupkan semula ‘legenda’ durian ini.

Comeback kali ini bukan biasa-biasa, banyak perkara menarik menanti. Cendol durian paling ‘hilang rindu’ di Lembah Klang kini kembali dengan saiz padu seperti dulu. Lokasi yang sudah dianggap ‘tempat lepak tradisi’ sejak 2015 pun tetap maintain dengan suasana mesra keluarga.

Lebih menarik, bekalan durian fresh datang setiap hari termasuk dari ladang 95 ekar di Selangor Fruit Valley, dengan pilihan premium seperti Black Thorn dan Musang King. Kerajaan Negeri Selangor turut memberi sokongan dalam usaha menjadikan negeri ini sebagai hab durian utama negara.

Bermula hari ini, Durian King TTDI kembali menyala sampai tengah malam. Waktu operasi mereka ialah Isnin hingga Jumaat dari 5 petang hingga 12 tengah malam, manakala Sabtu, Ahad dan Cuti Umum bermula 2 petang hingga 12 tengah malam. Untuk pertanyaan atau tempahan, pelanggan boleh hubungi 016-274 6474.

Ringkasnya, comeback ini bukan sekadar buka gerai. Durian King TTDI kembali dengan misi mengembalikan pelanggan setia, memperkenalkan diri kepada pelanggan baharu dan memastikan durian berkualiti kekal mampu dinikmati semua. Jadi kalau anda rindu suasana meriah, durian fresh dan cendol durian signature mereka, inilah masanya untuk kembali serbu destinasi durian paling ikonik di TTDI sejak 2015.

“Support local, support durian berkualiti — Support DurianKingTTDI.”

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |