[VIDEO] Lelaki ‘Serang’ Ariana Grande Dihalau Dari Konsert Lady Gaga- “Saya Diusir Sebelum Show”

7 hours ago 6

Usaha seorang lelaki Australia mahu melakukan kekacauan di konsert Lady Gaga nampaknya tidak berjaya apabila dia diusir keluar oleh pasukan keselamatan sebelum persembahan bermula.

Untuk pengetahuan semua, Johnson Wen atau lebih dikenali sebagai Pyjama Man, mempunyai rekod menyerang hendap selebriti di konsert atau acara-acara besar.

Apa yang dirancangnya untuk konsert Lady Gaga tidak dapat direalisasikan apabila dia diiringi keluar dari Stadium Suncorp, Brisbane, Australia seperti yang dirakam oleh pengguna media sosial.

@hey.itsbass

Pyjama man stopped at Brisbane GAGA concert #pyjamaman #johnsonwen #gaga #mayhemball

♬ original sound – Hey.itsbass

Pyjama Man selepas daripada itu memuat naik hantaran di Instagram, memberitahu bahawa dia telah “ditendang keluar” daripada konsert itu sebelum ia bermula kerana peminat telah “mengejek” dia.

“Saya diusir keluar dari konsert Lady Gaga! Konsert itu tidak bermula sehingga 8 malam. Peminat yang tiba lebih awal telah mengejek saya.”

Lady Gaga mahupun pihak pengurusan Stadium Suncorp tidak mengulas mengenai insiden tersebut.

@23e2fdd5

Why did security escort pyjamaman out at Lady Gaga’s concert?#celebrity #fyp #ladygagaedit #pyjamaman #johnsonwen

♬ original sound – Black cat clip

Untuk rekod, nama Johnson Wen tidak lagi asing apabila lelaki ini telah mencetuskan kontroversi terbesar di Singapura pada November 2025. Semasa menghadiri permaidani merah untuk acara “Wicked: For Good“, Pyjama Man telah melompat penghadang dan tiba-tiba meluru ke arah Ariana Grande dan memeluknya.

@pyjamaman.2

my best friend

♬ original sound – pyjama man – pyjama man

Insiden itu mengejutkan orang ramai, dan memuji tindakan pelakon Cynthia Erivo yang pantas bertindak melindungi Ariana daripada Pyjama Man. Akibatnya, lelaki itu dipenjarakan dan ‘diharamkan’ memasuki Singapura.

@famefiles8

4 Celebrities Targeted by the So-Called “Pyjama Man” – Who Claims He’s Harmless.#arianagrande #johnsonwen #katyperry #weeknd #usa

♬ original sound – famefiles

Melihatkan insiden ini, orang ramai memberitahu bahawa Johson Wen pernah melakukan perkara yang sama di konsert Katy Perry, The Chainmokers dan The Weeknd. Insiden seperti itu telah menganggu ketenteraman mangsa dan juga orang sekeliling. Apa pendapat kamu?

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |