Baru-baru ini tular satu video yang memaparkan telatah comel anak pasangan selebriti, Syatilla Melvin dan Shaheizy Sam di media sosial.
Menerusi video yang dimuatnaik oleh Syatilla atau lebih mesra disapa sebagai Tilla di TikTok, menunjukkan telatah Salama Samheizey yang berjoget sakan sambil tersipu malu ketika dirakam oleh ibunya. Tambah Tilla, dia menyifatkan puteri bongsunya itu adalah anaknya yang paling ‘rare’.
“Ya Allah anak aku! Astaghfirullahalazim!
Salama anak aku yang paling rare 🤣🤣. Dia boleh buat! Jangan bagi dia excited 🤣🤣.”-kapsyen Tilla di TikTok
@samtilla82salama anak aku yg paling rare🤣🤣dia buleh buat! Jgn bgi dia excited🤣🤣
♬ Funny Song – Funny Song Studio & Sounds Reel
“Muka Sam Perangai Tilla..”
Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa terhibur melihat gelagat Salama, malah ramai yang berpendapat wajah Salama menyerupai bapanya, Shaheizy Sam, dan berperangai seperti ibunya, Syatilla Melvin.
“Muka Sam perangai Tilla 🤣.”
“Dia boleh ketawa tutup mulut semua eh hahaha comel sangat Salama ni ❤️.’
“Ni muka Sam sebijik wei.”
“Hahaha aku tak boleh blah la kuat betul gen Sam ek. Tiga anak dia semua aku nampak macam bapak dia.”
“Tak tahan gelak tutup mulut tu 🤣.”
“Salama tak kosong guys.”
“Sebijik perangai bapak dia kan? 🤣
“Mini Sam 🤣.”
Sekadar info, Sam dan Syatilla mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016. Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy, Sarima Samheizy dan Salama Samheizy
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.