[VIDEO] Gelagat Noor Kartini Beri Cek Kepada Noor Nabila, Netizen Teruja!

2 weeks ago 26

Perkongsian rakan karib usahawan terkenal, Noor Nabila iaitu Rosix Omar mencuri perhatian netizen apabila berkongsi satu video di media sosial.

Menerusi video yang dimuatnaik oleh Rosix, memaparkan ibu kepada Nabila iaitu Noor Kartini dilihat memberikan sekeping cek yang tidak didedahkan nilainya kepada Nabila selain menitipkan ucapan terima kasih kepada anak perempuannya yang tidak lokek berkongsi rezeki dengan keluarga biarpun mampu untuk bergerak sendiri.

“Kita mari ni nak bagi ini (cek) kat anak kita. Wakil daripada mama dan adik beradik mari nak ucapkan terima kasih kepada Nabila sebab sudi berkongsi rezeki dengan kita.

Walaupun dia boleh je nak buat sendiri, tapi dia nak juga buat sama-sama. Jadi terima kasihlah untuk Nabila.”-Titip Noor Kartini buat Nabila

@rosixomar25

Citer sini hbs sini!! #rosixomar

♬ original sound – Rosixomar – Rosixomar

“Rezeki Nabila Sebab Berbagi Rezeki Dengan Family..”

Di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa teruja melihat gelagat ibu dan anak ini, malah ramai yang berseloroh mahu menjadi anak angkat kepada Noor Kartini.

“Anak yang tua selalu terlebih semua 😂😂😂.”

“Alhamdulillah rezeki daripada seorang mama untuk seorang anak, semoga dipermudahkan segala urusan di dunia dan akhirat.”

“Suka tengok mama ni, soft sangat.”

“Nabila banyak bantu family kan. Macam pernah dengar Nabila jual condo masa Lofa nak buka bisnes.”

“Rezeki Nabila sebab berbagi rezeki dengan family.”

“Nak jadi anak mama jugak lah.”

“Suka sangat vibe mama dia.”

“Alhamdulillah semoga terus murah rezeki.”

Apa komen anda?

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |