[VIDEO] Gelagat Hanis & Hairul Hafal Skrip Bersama, Curi Perhatian Netizen!

3 days ago 11

Perkongsian terkini pelakon dan usahawan, Hanis Zalikha mencuri perhatian netizen selepas memuatnaik satu video di media sosial, baru-baru ini.

Kongsi Momen Hafal Skrip Bersama

Hanis, menerusi video yang dimuatnaik di TikTok, memaparkan gelagatnya bersama suami yang juga pelakon, Hairul Azreen sedang menghafal skrip bersama di dalam sebuah kenderaan di lokasi penggambaran.

“Hafal skrip bersama.”-kapsyen Hanis Zalikha

@haniszalikha ♬ those eyes – sophia

“Alisa Dengan Yusuf Bincang Apa Tu. Comel Betul..”

Apa yang lebih mencuri perhatian adalah gelagat pasangan romantis ini bertentang mata antara satu sama lain mencetuskan rasa teruja netizen di ruangan komen, malah ramai yang mendoakan agar pasangan ini agar berkekalan hingga ke akhir hayat.

“Ingatkan Jennifer Lawrence.”

“May this type of love find me.”

“Macam borak tengah pilih tempat nak makan je 🤣.”

“The eyes chico, they never lies.”

“MasyaAllah, moga kedua-duanya jauh dari penyakit ain atau apa-apa sahaja perkara tak baik. Moga kekal bahagia sampai bila-bila ya. Aamin.”

“Lahh tiba-tiba saya rindu suami saya yang tak ada.”

“Sesuai sangat diorang dua ni.”

“Alisa dengan Yusuf bincang apa tu. Comel betul la lovebird nie.”

“Cantik gila Hanis Zalikha ni.”

Sekadar info, Hairul Azreen dan Hanis Zalikha mendirikan rumah tangga pada Jun 2015. Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah.

Apa komen anda?

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |