Siapa yang tidak mengenali usahawan sensasi Malaysia iaitu Datuk Seri Aliff Syukri yang sering memuat naik video yang kadang kala mencetuskan kontroversi. Selain itu juga, apabila tiba musim perayaan, Aliff Syukri pasti akan mengeluarkan lagu yang akan menjadi trending di laman media sosial yang ada.,
Selain Aliff Syukri, ibunya Bonda Rozita serta kakaknya Noor Hayati juga berkecimpung di dalam dunia perniagaan yang mengubah kehidupan susah mereka suatu ketika dulu dan kini menjadi inspirasi ramai orang. Kini, anak perempuannya lebih menonjol dan sering kelihatan mempromosikan barang-barang perniagaan miliknya apabila mempunyai masa yang terluang.
“Bila Tengok Ammar Ahyan Ni Teringat Serbuk Arang Yang Viral Dulu Tu”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Qadejah yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 2.8 juta, tranda suka sebanyak 177 ribu dan sebanyak 1,471 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Qadejah dan Ammar yang menari dengan menggunakan lagu yang sedang trending di aplikasi tiktok.
@qadejahelzahraSaya tak pandai jj💔 #tiktokmalaysia #fyp
Rata-rata netizen terhibur melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa apabila melihat Ammar yang semakin besar teringat sewaktu dia kecil dan dipaksa menyanyi lagu serbuk arang yang merupakan salah satu produk jualan keluarganya itu.
Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.