Pelakon, Rozita Che Wan berkongsi video di sebalik tabir (behind the scenes) ketika menjayakan watak sebagai Kak Ju menerusi drama ‘Bahagia Yang Tertangguh’ yang menjadi bualan ramai di media sosial.
Menerusi video yang dimuatnaik di TikTok, memaparkan babak Kak Ju yang dilakonkan oleh Che Ta sedang bertengkar dengan ibu kepada Nurin Hana (Nad Zainal) lakonan Rosnah Johari di mahkamah.
“Dah tengok ke episod malam ni? Yang team Kak Ju, cepat komen.”-kapsyen ringkas Che Ta di TikTok
@rozitachewan1Dh tgk ka episode malam ni ? Yg team kak ju , cepat komen 😋 . #rozitachewan #bahagiaygtertangguh #kakju #juriah
♬ original sound – ROZITA CHE WAN – ROZITA CHE WAN
Netizen Terhibur!
Di ruangan komen, rata-rata netizen memuji watak Kak Ju yang memberikan kesan kepada penonton, malah ramai yang terhibur melihat gelagat Kak Ju lari bertempiaran selepas bertengkar dengan ibu Nurin Hana iaitu Rahimah.
“Time dia lari tu aku barai gelak hahaha, terkedek-kedek lari.”
“Part baling handbag tu berdekah 😂.”
“Aku suka gaya Che Ta bawa watak annoying, jadi sangat. Che Ta layak dapat watak villain untuk drama lain akan datang. Cuma untuk MUA Che Ta please buatkan lagi part mata Che Ta nampak lebih villain, maybe buat cat eyeliner. Sebab muka Che Ta ni soft, Che Ta kena betul-betul kental personaliti dalam menjadikan watak jahat untuk bawa muka baik, soft yang ada pada Che Ta ni.”
“Kak Ju jahat tapi Kak Ju je boleh lari pakai kasut tinggi macam tu hahaha.”
“Mengengkang lari Kak Ju 😂.”
“Adoi sakit perut aku gelak tengok video ni. Semalam aku geram Kak Ju ni.”
Sekadar info, drama Bahagia Yang Tertangguh yang diarahkan oleh Osman Ali ini dibintangi oleh Nad Zainal, Kamal Adli, Izzue Islam, Rozita Che Wan, dan ramai lagi.
Apa komen anda?

1 day ago
10
![[REVIEW] Honor Magic 8 Pro: Peranti Yang Buktikan ‘Flagship’ Tak Semestinya Mahal](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/WhatsApp-Image-2025-12-10-at-17.44.56-e1765360503181.jpeg)
![[VIDEO] Leona Raih Perhatian Berjoget Dalam Kereta Sambil Layan Muzik ‘Jedag Jedug’](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/Untitled-A2-Landscape-1.png)


![[VIDEO] Live Anzalna Buat Ramai Berdekah, Netizen Sibuk Kira Gigi Mia Nasir- “Allah Bagi Extra Gigi”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/4-5.jpg)
![[VIDEO] Penampilan Terkini PAI Anisha Rosnah Curi Perhatian- “Glowingnya Bakal Ibu”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/1-4.jpg)





![[VIDEO] Shuib Sifatkan Momen Bersama Anak ‘Ubat Tidur’ Buat Dirinya](https://murai.my/wp-content/uploads/2023/09/shuib-watie-sedondon.jpg)


























![[VIDEO] MARITIM MALAYSIA Jelaskan Kenapa Rumah Atas Laut Isarb Ditahan](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/540770577_1273593738142062_1033622294631970058_n.jpg)


![[REVIEW] Samsung Galaxy Z Flip7: Worth It Ke Untuk 2025?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/20250711_164615.jpg)
![[VIDEO] Aksi Noor Kartini Peluk Jefri Nichol Tuai Kecaman- “Dah Terbiasa Life Bebas”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/3.jpg)






