Superstar Bollywood, Shah Rukh Khan (SRK) pernah mengejutkan peminatnya apabila dia melakukan adegan ciuman dalam filem arahan Yash Chopra iaitu ‘Jab Tak Hai Jaan’.
Selepas memasuki usia 40-an, SRK melanggar peraturan ini hanya untuk filem terakhir Yash Chopra, sebelum beliau meninggal dunia. Dalam filem tersebut, SRK telah melakukan adegan ciuman panas dengan aktres Katrina Kaif.
Dipetik daripada beberapa temu bual, SRK memberitahu dia mempunyai dua peraturan ketika melakukan penggambaran.
Yang pertama ialah dia tidak menunggang kuda dan yang kedua ialah dia tidak akan lakukan adegan ciuman kerana kedua-dua adegan itu sangat rumit dilakukan di dalam filem.
Tetapi untuk Yash Chopra, dia melanggar peraturan keduanya walaupun dia tidak berasa selesa.
“Saya akan cakap dengan jujur. Aditya, Yash dan Katrina, saya ucapkan dengan kerendahan diri dan rasa terima kasih kepada mereka. Mereka tahu saya berasa janggal lakukannya dan mereka membantu saya kerana saya seorang pelakon yang mudah untuk bekerjasama.”
SRK menjelaskan lagi, mekanisme penggambaraan adegan itu membuatkan dia berasa sangat pelik kerana tak biasa dengannya.
“Ini sangat pelik. Saya tak melakukan penggambaran dengan aktres jika bukan kerana filem dan saya tak mahu buang masa. Jujur saya rasa kekok tanggalkan pakaian dan bergambar. Untuk filem ini, saya perlu boleh untuk lakukannya.”
Superstar itu juga menjelaskan bahawa adegan ciumannya dengan Katrina adalah keperluan cerita dan syarat yang ditetapkan oleh Yash Chopra.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.