Aktor dan model terkenal, Ikmal Amry mencuri perhatian netizen selepas memuatnaik hantaran istimewa buat Isteri, Najla sempela ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-5, baru-baru ini.
Ikmal atau nama sebenarnya Mohd Zulikmal Amry Ghazali menitipkan ucapan terima kasih buat isterinya yang sentiasa menjadi teman di kala suka dan duka selain meluahkan rasa syukur dengan kehadiran dua cahaya mata iaitu Cailie dan Gibran dalam hidup mereka.
“Sedar tak sedar, 5 tahun kita bersama. Macam-macam kejayaan Allah kurniakan, semuanya berkat doa dan kesabaranmu. Terima kasih kerana sentiasa menjadi teman paling setia, di kala suka dan duka.
Alhamdulillah, kita dikurniakan dua cahaya mata Cailie, Gibran hadiah dan harta paling berharga dalam hidup kita. 5 tahun mungkin tak lama, tapi terlalu banyak yang telah kita lalui, pahit manis tanpa perlu dijelaskan.
Asam garam rumah tangga itu biasa. Yang paling penting, kita masih di sini bersama. Dan insyaAllah, untuk selamanya.”-tulis Ikmal buat isteri di Instagram
“Definisi Lelaki Handsome Yang Tak Pernah Curang..”

Nukilan hati Ikmal buat isteri mencetuskan rasa terharu netizen serta rakan selebriti di ruangan komen, malah ramai yang mendoakan agar pasangan ini berkekalan hingga ke Jannah.
“Idola kebapaan ku.”-Imran Aqil
“Happy anniversary abangku! Semoga sentiasa bahagia dan dilindungi. Aamin.”-Jazmy Juma
“Artis paling tak ada banyak masalah. Paling setia sama bini! Thank you Ikmal Amry sebab setia dengan bini walaupun banyak penyondol-penyondol luar sana.”
“Semoga dunia sentiasa memeluk kalian dengan kebaikan.”
“Definisi lelaki hensem yang tak pernah curang dan sentiasa hargai wife dia. Till Jannah gais.”
Sekadar info, Ikmal Amry mendirikan rumah tangga dengan personaliti media sosial, Najla Shamsul pada 19 Disember 2020. Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Cailie dan Gibran.

1 month ago
81











![[VIDEO] “Akan Bubar?!”- Reaksi Ahli BLACKPINK Di Konsert Terakhir Cetus Spekulasi](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/7-5.webp)
![[VIDEO] ZUS Coffee Versi Pantai: Spot Lepak Paling ‘Dreamy’ Buat Kaki Healing](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/zus-coffee-1.webp)






















![[VIDEO] Isaac Raees Teruja Dapat Tengok Binatang Di Zoo Taiping-“Jenuh Nak Layan 2 Anak”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-17.jpg)






![[VIDEO] Ayah Amira Othman Hadiahkan Alunan Piano Di Majlis Resepsi Perkahwinannya..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-16.jpg)



![[VIDEO] Heliza & Hazwani Helmi Dedah Layanan Kejam Ketika Diculik Tentera ‘Israhell’!-“Terpaksa Minum Air Tandas…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/img_6679.jpg)


