Tulus & Juicy Luicy Bakal Gegarkan Ruang Inspirasi Festival (RIF) 2025 di Mega Star Arena Ogos Ini

14 hours ago 8

Ruang Inspirasi Festival (RIF) 2025 bakal menjadi platform muzik yang unik dan penuh emosi buat peminat muzik di Malaysia, terutamanya generasi muda.

Pengalaman Berbeza Berbanding Konsert Biasa

via OPR Network

Festival ini dijadual berlangsung pada 17 Ogos 2025 (Ahad) di Mega Star Arena, Kuala Lumpur dan menjanjikan pengalaman berbeza berbanding konsert biasa.

Dianjurkan oleh Expoindo bersama Thrive, RIF membawa konsep segar yang menggabungkan persembahan muzik dengan elemen inspirasi serta perkongsian kisah di sebalik lagu-lagu popular.

Festival ini bertujuan menyemai semangat positif, menyentuh jiwa dan menginspirasikan penonton melalui muzik.

Tampil Dengan Dua Artis Popular Indonesia

via OPR Network

Bagi edisi sulung, RIF menampilkan dua artis popular dari Indonesia iaitu kumpulan pop alternatif Juicy Luicy dan penyanyi tersohor Tulus.

Juicy Luicy, terkenal dengan lagu seperti Lantas, Lampu Kuning, dan Sialan, menjadi pilihan utama kerana muzik mereka yang dekat dengan jiwa anak muda serta sarat dengan mesej emosi.

Manakala Tulus yang diumumkan sebagai artis fasa kedua, akan menghiburkan penonton pada sesi petang bermula 1.30 petang. Juicy Luicy pula akan tampil pada sesi malam bermula 7.30 malam.

Merupakan Jambatan Budaya

via OPR Network

Penganjur menjanjikan RIF sebagai festival yang bukan sahaja menghiburkan, tetapi juga menjadi jambatan budaya antara Malaysia dan Indonesia.

Mereka turut merancang untuk membawa RIF ke bandar-bandar utama lain di Malaysia sebagai usaha memperkukuh komuniti muzik serantau.

Tiket telah mula dijual sejak 17 Julai menerusi aplikasi BBO EVENTS atau laman rasmi www.ri-fest.com/kualalumpur.

Harga tiket bundle bermula dari RM268 hingga RM1028, bergantung kepada kategori.

Pembeli tiket Juicy Luicy juga boleh menaik taraf tiket mereka untuk menikmati faedah tambahan.

Untuk maklumat lanjut, ikuti @rifest.my di Instagram dan TikTok dan jangan lepaskan peluang menyertai festival yang menjanjikan hiburan dan inspirasi luar biasa ini.

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |