Nama pempengaruh media sosial, Kim Seri menjadi bualan ramaidi media sosial selepas syarikat ejen pelancongan miliknya didakwa memberikan perkhidmatan yang teruk.
Kim Seri atau nama sebenarnya Seri Azlina menerusi kenyataan di Insta Stories, menyatakan bahawa dia memohon maaf di atas setiap kesulitan yang berlaku selain memohon orang ramai untuk memahami dirinya yang tidak dapat melunaskan jumlah pemulangan sekaligus.
“Saya menulis kenyataan ini memaklumkan kepada semua pelanggan yang saya hormati, pertama sekali saya ingin meminta maaf dengan setulus hati atas segala kebimbangan dan kesulitan yang telah saya timbulkan. Saya sedang berusaha sedaya upaya untuk menyelesaikan masalah ini.
Namun begitu, saya memohon agar dapat memahami bahawa pada masa ini, saya tidak dapat untuk melunaskan jumlah pemulangan secara sekaligus.”-tulis Kim Seri di Insta Stories
@eetafoodhqTERANIAYA OLEH KIMSERI! As ramai tahu, eeta food tutup order for this whole week untuk annual company trip to 🇰🇷. We have been dealing with kim seri since Feb 2024, and habis payment on September 2024 total DAMAGE of 100K! Sepanjang trip, we are getting a lot of surprise. Hotel bertukar dan hotel hujung dunia kalau boleh. Makanan cincai, tak dapat rasa authentics korean dishes. Most of the time makan dekat kedai masakan india or indonesia. First day, takde breakfast as promised. Lepastu hari ke-4 BAS TAKDE sebab KIMSERI tak BAYAR DRIVER BAS since 11hb. Takde dinner. Kena sidai sampai tengah hari yg menyebabkan kitaorg tak sempat visit Namsan Tower. Hari nak balik Malaysia, half of our group punya flight ticker takde LUGGAGE. Kami kena ADD ON DEKAT KAUNTER FOR 290,000 WON – 20KG. Bygkan brp kami kena bayar. We push her since a day before utk add on online. DIA DELAY SAMPAI LAH HARI NAK PERGI. Dia minta kami pay and claim ye. Dia boleh suruh tinggal luggage extra untuk dia pos ke malaysia? What ? Lepastu another group (9PAX) lagi kesian takde lansung flight ticket. Yg mereka terima cuma “dummy” booking number. Our bos kesian sgt at them and try hard to help saudara kita. Ni dah kes aniaya dan pecah amanah. #kimseri #cikgukimchitravel #ismailadamgroup
“Saya Berjanji Akan memikul Tanggungjawab…”
Dalam pada itu, pempengaruh media sosial ini turut memberi jaminan bahawa dia bakal menyelesaikan masalah bayaran tertunggak pada sebelum atau pada 1 Februari 2025.
“Namun begitu, saya ingin memberi jaminan bahawa saya akan menyelesaikan masalah ini melalui pembayaran seperti berikut iaitu semua jumlah tertunggak akan dibayar sebelum atau pada 1 Februari 2025.
Saya berjanji akan memikul tanggungjawab sehingga akhir dan memohon kerjasama serta kefahaman anda semua.
Dokumen penyelesaian untuk para pelanggan berdasarkan perkara di atas akan diberikan esok kepada semua pelanggan serta berikut nombor Whatsapp baru untuk rujukan kepada pelangga yang telah membuat tempahan sebelum ini.”-jelas Kim Seri lagi
Apa komen anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.