Terima Ancaman Mati, Shah Rukh Khan & Keluarga Rupanya Diintip Oleh Seorang Peguam

2 weeks ago 26

Beberapa minggu yang lalu, Shah Rukh Khan telah menerima ugutan bunuh. Selepas melakukan siasatan, pihak polis mendapati seorang lelaki telah menghantar ugutan bunuh itu ialah seorang peguam.

Berpangkalan di Raipur, peguam yang menghantar ugutan tersebut dikenali sebagai Faizan Khan. Pihak polis juga mendapati Faizan bukan sahaja mengintip dan mengesan gerak geri Shah Rukh Khan, malah anaknya juga iaitu Aryan Khan.

Foto – Mashable India

Faizan yang ditahan telah meminta tebusan sebanyak Rs 50 lakh kepada Shah Rukh Khan dan jika ia tidak dipenuhi, keselamatan bintang Bollywood itu dan anaknya berada dalam bahaya.

Faizan kini dibawak ke Mumbai untuk siasatan lanjut. Kes itu difailkan di bawah Seksyen 308 (4) iaitu peras ugut melibatkan jenayah ugutan bunuh atau kecederaan serius dan Seksyen 351 (3)(4) iaitu ugutan jenayah.

Foto – The News Mill

Ancaman ugutan bunuh terhadap Shah Rukh Khan berlaku berikutan beberapa siri ugutan yang dikeluarkan kepada beberapa selebriti Bollywood termasuklah Salman Khan.

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |