Dalam diam, bekas isteri pertama usahawan kontroversi Datuk Red iaitu Syarifah Nor Shafila memberi isyarat bahawa dirinya sudah berpunya.
Menerusi perkongsiannya di platform TikTok, Syarifah Nor Shafila, yang sebelum ini dikenali dengan gelaran Datin Red, memuat naik sebuah video pendek disertai dengan kapsyen yang penuh makna.
“Semoga Bismillah menjadi Alhamdulillah. #menujuhalal.”
@syarifahnorshafilasemoga bismillah menjadi alhamdulillah 💍 #menujuhalal
Memberi bayangan mengenai perancangannya, ramai yang percaya bahawa Syarifah bakal mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan hatinya pada tahun hadapan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial mengucapkan tahniah dan menyatakan sokongan mereka terhadap Syarifah.
“Saya antara orang yang pernah komen ketika sis dititik terendah. I’m happy now. Semoga dipermudahkan segala urusan menuju yang halal. Alhamdulillah and tahniah in advance.”
“Alhamdulillah, tumpang happy untuk Kak Fila. Semoga bahagia hingga ke jannah Kak Fila. Di permudahkan urusan.”
“Alhamdulillah semoga bertemu orang yang ikhlas menyayangi kita walau apa pun yang terbaik. Fila awak berhak bahagia.”
Manakala di akaun TikTok @kr_8526, dipercayai milik jejaka pilihan hati Syarifah Nor Shafila, memuat naik sebuah video yang memaparkan wanita itu sedang menikmati makanan.
@kr_8526🤍🤍🤍💍….. @Syarifah Nor Shafila
♬ Romantis_Spring – Abg Jiwang_Official
Menjengah ke ruangan komen, MURAI mendapati seorang pengguna media sosial meninggalkan nasihat dan meminta lelaki tersebut untuk “menjaga” Syarifah dengan sebaik-baiknya. Namun apa yang mencuri perhatian adalah balasan komen daripada lelaki itu.
“InsyaAllah saya akan jaga sehingga ke hujung nafas saya.”
Team MURAI turut menumpang gembira atas berita ini dan mengharapkan segala urusan Syarifah Nor Shafila dan pasangannya dipermudahkan.
@syarifahnorshafilaSHRMZB DARI KELUARGA KECIL SAYA ❤️❤️❤️❤️ #ikuttrend
♬ original sound – Aziza nimah – Aziza nimah
Untuk rekod, Syarifah Nor Shafila pernah menjadi isteri pertama Datuk Red, atau nama sebenarnya Adnan Abu, sebelum berpisah pada 14 Mei 2024. Pasangan ini dikurniakan lima orang cahaya mata.

1 month ago
72








![[VIDEO] “Akan Bubar?!”- Reaksi Ahli BLACKPINK Di Konsert Terakhir Cetus Spekulasi](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/7-5.webp)
![[VIDEO] ZUS Coffee Versi Pantai: Spot Lepak Paling ‘Dreamy’ Buat Kaki Healing](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/zus-coffee-1.webp)

























![[VIDEO] Isaac Raees Teruja Dapat Tengok Binatang Di Zoo Taiping-“Jenuh Nak Layan 2 Anak”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-17.jpg)






![[VIDEO] Ayah Amira Othman Hadiahkan Alunan Piano Di Majlis Resepsi Perkahwinannya..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-16.jpg)



![[VIDEO] Heliza & Hazwani Helmi Dedah Layanan Kejam Ketika Diculik Tentera ‘Israhell’!-“Terpaksa Minum Air Tandas…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/img_6679.jpg)


