Suchitra Dakwa Bekas Suami Seorang G*y, Ikuti Perjumpaan Di London Bersama Karan Johar & SRK

1 week ago 11

Penyanyi Suchitra Ramadurai baru-baru ini telah mendedahkan satu perkara yang agak mengejutkan mengenai bekas suaminya iaitu Karthik Kumar, Karan Johar dan Shah Rukh Khan (SRK).

Menerusi sebuah temu bual bersama Kumudam, Suchitra memberitahu bekas suaminya itu merupakan seorang homoseksual (gay). Dia juga mendakwa Karthik telah mengadakan perjumpaan gay dengan Karan Johar dan SRK di London.

Foto – IBTimes

Penyanyi itu turut menyebut ketiga-tiga bintang Bollywood itu sering mengunjungi negara yang membenarkan ‘seks gay adalah sah’.

“Pernah ketika Karthik dalam perjalanan ke London, dia bertemu dengan Karan dan SRK. Kemudiannya mereka melepak di jalan yang penuh dengan bar. Mereka berpakaian silang dan ia adalah perkara yang sering dilakukan oleh Karan dan SRK apabila mereka ke luar negara. Mereka sering kunjungi kawasan gay dengan pakaian sedemikian”, kongsi Suchitra.

Foto – Your Story / Reddit

Selepas Suchitra melakukan pendedahan itu, Karthik menjawab dakwaan tersebut dan menyatakan jika dia seorang homosekual, dia akan menerima seksualiti itu dengan bangganya.

“Jika saya seorang homoseksual, saya tidak akan malu menjadi homoseksual. Saya akan sangat berbangga menjadi mana-mana seksualiti. Saya tidak malu. Saya akan menyertai demonstrasi kebangaan di bandar saya dan saya akan lakukannya.”

Apa pendapat kamu?

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |