Penyanyi rap, Jay-Z atau nama sebenarnya Shawn Carter, telah dituduh mendadah dan merogol seorang gadis berusia 13 tahun, yang didakwa bersama Sean “Diddy” Combs pada tahun 2000.
Menurut tuntutan sibil yang difailkan di mahkamah persekutuan, plaintif tanpa nama yang dikenali sebagai “Jane Doe”, berkata serangan itu berlaku pada parti selepas majlis MTV Music Video Awards.
Berdasarkan tuduhan, seorang selebriti wanita yang tidak dikenali berdiri dan melihat Sean “Diddy” Combs dan Jay-Z merogol seorang kanak-kanak bawah umur secara bergilir-gilir. Menyedihkan, tiada siapa di parti itu cuba untuk menghentikan serangan seksual tersebut.
Dalam dakwaan tersebut, gadis tersebut akhirnya dapat menumbuk leher Diddy dan melarikan diri daripada parti itu. Dia berjaya sampai ke stesen minyak dan menghubungi bapanya untuk mendapatkan bantuan.
Melihatkan tuduhan ini mencalarkan imej Jay-Z, suami kepada penyanyi Beyonce itu mengatakan ia adalah cubaaan untuk memeras ugut. Dia juga mencabar peguam mangsa iaitu Tony Buzbee.
“Peguam saya menerima percubaan memeras ugut, ia dipanggil surat tuntutan daripada “peguam” bernama Tony Buzbee. Saya ingin mendedahkan tentang penipuan yang awak lakukan dengan cara yang sangat umum. Jadi tidak, saya tidak akan memberikan awak satu sen!”, kata Jay-Z.
Di Twitter, Tony Buzbee berkata mangsa rogol yang diwakilinya tidak pernah menuntut wang daripada Jay-Z, malah “dia hanya mendapatkan pengantaraan sulit”.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.