Penyanyi, Aisha Retno berkongsi keadaan terkininya selepas dikatakan rebah ketika menjalani penggambaran muzik video di Jakarta, Indonesia, baru-baru ini.
Selamat tiba di Kuala Lumpur, Aisha Retno menerusi hantaran di Insta Stories menitipkan ucapan terima kasih buat semua pihak yang mendoakan keadaan kesihatannya itu.
“Telah selamat tiba di KL dan pertama sekali saya mahu mengucapkan terima kasih di atas doa untuk kesihatan saya, saya doakan agar anda semua diberikan kesihatan berpanjangan juga.”-tulis Aisha Retno di Insta Stories
Kepenatan Yang Melampau
Tambah Aisha, masalah kesihatan yang berlaku sehingga dia rebah itu adalah disebabkan kepenatan yang melampau disebabkan komitmen kerjanya.
“Saya secara perlahan mula membalas teks, dm, dan sebagainya. Kerja masih harus terus berjalan walau apa berlaku. Saya akan memberitahu anda dengan lebih lanjut tetapi ia semestinya disebabkan penat yang melampau (experienved dehydration that leads to major panic attacks, kekejangan, short paralyze, pitam etc) dan pelbagai masalah kesihatan yang lain.”-kongsi Aisha
“Sihat Ni Kejap Je Allah Nak Bagi, Kejap Je Allah Nak Tarik..”
Dalam pada itu, Aisha turut berpendapat apa yang berlaku adalah sebagai peringatan terhadap dirinya bahawa dia mempunyai had terhadap kesihatan mental dan fizikal.
“Terima kasih di atas segala perhatian dan segalanya dari anda semua. Alhamdulillah saya berada dalam keadaan baik dan saya sebenarnya sangat teruja untuk berkongsi sesuatu yang besar bakal berlangsung esok (hari ini)!.
Ianya hadiah kecil daripada saya dan pasukan untuk anda semua penyokong kesayangan saya dan para pendengar.
Kerja masih tetap harus jalan hehe just a slide hiccups haritu untuk mengingatkan diri saya bahawa saya juga mempunyai had mental dan fizikal. Anda juga harus sentiasa jaga kesihatan ya! Sihat ni kejap je Allah nak bagi, kejap je Allah nak tarik! Health is very important! Don’t overwork, a reminder for myself too.”-tulis Aisha Retno lagi
Semoga cepat sembuh dan sentiasa sukses Aisha Retno!