Setelah 10 Tahun, Wisma D’Herbs Bakal Ditutup! Aliff Syukri Dedah Ada Kaitan Dengan “Stock” Barang

1 week ago 16

Satu hantaran video di Instagram milik usahawan Dato’ Sri Aliff Syukri bin Kamarzaman menjadi perhatian warga net.

Terpaksa Melepaskan Wisma D’Herbs

Dalam hantaran video tersebut, Aliff mendedahkan bahawa dia berasa sedih kerana Wisma D’Herbs bakal ditutup.

Sedih tapi apakah daya..bangunan ini terpaksa dilepaskan… lokasi kota Damansara seksyen 8 jalan utama bersebelahan dengan bangunan MPPJ.

Bagi Aliff, banyak kenangannya dan pekerja di wisma tersebut kerana wisma ini merupakan saksi kepada jatuh bangun perniagaannya.

Bukan itu sahaja, lokasi yang menarik dan mudah dengan perkhidmatan awam menjadikan dia lebih berat untuk menutup wisma tersebut.

Banyak kenangan saya dan pekerja di Wisma D’Herbs ini, tempat jatuh bangun perniagaan saya tempat ini menjadi saksi.

Lokasinya sangat strategik juga berhampiran dengan MRT Kwasa Sentral jalan kaki 3-5 minit sahaja sampai.

Demi Mengembangkan Perniagaan

via Instagram Aliff Syukri

Walaupun dalam keadaan yang tidak rela, Aliff dedah demi kebaikan dan mengembangkan perniagaannya, dia terpaksa melepaskan wisma tersebut dan mencari lokasi baharu.

Alhamdulillah hasil sokongan korang semua dekat papa & mama selama ini, kami bercadang untuk mencari lokasi perniagaan baharu yang boleh menampung jumlah stok kami.

Permintaan makin banyak, stok makin bertambah, pekerja pun makin bertambah, demi keselesaan dan bagi memudahkan operasi skala besar pada masa akan datang kami bercadang untuk melepaskan wisma sedia ada ini.

Hal ini kerana dia perlu mencari kawasan yang lebih besar dan luas bagi menampung bekalan barang yang semakin bertambah saban hari dan juga demi keselesaan pekerjanya.

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |