Kemelut di antara personaliti media sosial, Cik Epal dan Emira Delyati Dewi masih belum menemui titik noktah selepas Dewi mengajak Cik Epal untuk bersemuka.
Terkini, Dewi menerusi Insta Stories, turut menegaskan dirinya yang sanggup melakukan sumpah laknat untuk mempertahankan dirinya bukan punca keretakan rumah tangga Cik Epal dan suaminya, Jofliam.
“Untuk tutup buku ni, Nur Munirah Binti Mahmood, sila berjumpa dengan saya, saya sanggup sumpah laknat.
Saya bukan penyebab rumah tangga awak hancur. Awak sendiri tahu. Awak sendiri yang minta berjumpa dengan saya untuk memohon maaf. Kita tutup cerita. Kita sumpah laknat atas Al-Quran.”-tulis Dewi di Insta Stories
Dewi Disekat Cik Epal Di Instagram?
Dalam pada itu, Dewi dilihat memuatnaik tangkap layar akaun media sosial Cik Epal yang dikatakan telah menyekatnya di Instagram selain menyatakan hasratnya mahu bersumpah atas perbualan mereka berdua.
“Kenapa block? Cakap berani kerana benar? Saya sanggup sumpah atas perbualan kita berdua, yang awak mengatakan Jo tak curang. Saya sanggup sumpah.”-tegas dewi lagi
Bekas suami kepada Cik Epal, iaitu Jofliam menyatakan bahawa dia berani untuk menceritakan bagaimana terjatuhnya talak taklik selain bersumpah apa yang diceritakannya itu adalah benar belaka.
“Saya berani bercerita macam mana boleh jatuh talak takliq dari A sampai Z sambil pegang Al-Quran bahawa apa yang saya cerita adalah benar belaka.
Saya minta pada bekas isteri saya, sahut seruan ini untuk saya ceritakan perkara sebenar kalau selama ini yang keluar dari mulut dia benda-benda yang tak benar.”-tegas Jofliam di Instagram
Apa komen anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.