Usahawan sensasi, Nur Sajat meluahkan rasa berang terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab mendakwa dia sudah meninggal dunia seperti yang tular di media sosial.
Sajat menerusi hantaran di Instagram, turut memuatnaik tangkap layar berita palsu di Facebook yang menyatakan bahawa Sajat telah meninggal dunia di salah sebuah hospital di London, semalam.
Tidak berdiam diri, Sajat turut memberi respon dengan menegaskan bahawa dia masih hidup selain menyifatkan berita palsu tersebut adalah fitnah yang paling jahat.
“Hoi, saya masih HIDUP ya. Sihat, bekerja dan berada di Australia.
Berita kata saya meninggal di London tu FITNAH PALING JAHAT. Jangan jadikan dosa sebagai konten. Padam sekarang! Anjing!.”-berang Sajat di Instagram

Pelbagai Reaksi Netizen
Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen berpendapat portal terlibat memuatnaik berita tersebut terhadap individu lain yang namanya agak serupa.
“Sajjad lain tu Sajat 😢.”
“Mungkin ada nama Sajjad yang lain, mungkin lah.”
“Sajat jangan perasan, itu Sajjad.”
“Babe, anjing is good for protection, so mungkin boleh guna perkataan lain. Maybe kita salah faham tentang anjing selama ni.”
“Walaupun dia maki dalam komen, tetap boleh bayangkan ekspresi dia tengah memaki ya, Hahaha adoilah, sabar lah.”
“Aku Ni Seorang Sajjad Dalam Malaysia Tau..”

Namun Sajat menegaskan bahawa seorang individu sahaja bernama Sajjad di dalam Malaysia, iaitu dirinya sendiri.
“Sajjad mana dalam Malaysia ni! Tak baik ada 2 Sajjad! Ader.
Sajjad mana yang ko nak cover story! Sajjad jual karpet ke? Atau Dr Sajjad! Aku ni sorang Sajjad dalam Malaysia tau! Dah dah la kata aku feeling!.”-respon Sajat di ruangan komen
Sekadar info, Sajat telah berhjirah ke Australia sejak tahun 2021 selain mendakwa telah berjaya menukar status jantinanya kepada wanita di sana pada tahun 2022, malah dia akui merasa lebih selesa dan bebas menjadi diri sendiri di sana.

1 month ago
83












![[VIDEO] “Akan Bubar?!”- Reaksi Ahli BLACKPINK Di Konsert Terakhir Cetus Spekulasi](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/7-5.webp)
![[VIDEO] ZUS Coffee Versi Pantai: Spot Lepak Paling ‘Dreamy’ Buat Kaki Healing](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/zus-coffee-1.webp)





















![[VIDEO] Isaac Raees Teruja Dapat Tengok Binatang Di Zoo Taiping-“Jenuh Nak Layan 2 Anak”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-17.jpg)






![[VIDEO] Ayah Amira Othman Hadiahkan Alunan Piano Di Majlis Resepsi Perkahwinannya..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-16.jpg)



![[VIDEO] Heliza & Hazwani Helmi Dedah Layanan Kejam Ketika Diculik Tentera ‘Israhell’!-“Terpaksa Minum Air Tandas…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/img_6679.jpg)


