Nespresso memeriahkan musim perayaan dengan menggalakkan pencinta kopi untuk menikmati “Unforgettable Holidays” mereka dengan pilihan kopi baru yang dicipta bersama Chef Michelin Star Perancis, Jean Imbert, memberikan peluang sempurna untuk menikmati detik-detik bermakna.
Dari sambutan Krismas ke Tahun Baharu bersama ahli keluarga yang berkumpul, penghujung tahun adalah masa paling tetap untuk berkongsi dan memberi hadiah, menjadikan koleksi terbaharu Nespresso tambahan tepat kepada apa sahaja pertemuan semasa musim cuti. Disertakan dengan aksesori bergaya dan hadiah yang menawan, koleksi ini menambah sentuhan elegan kepada musim percutian.
Kopi Gastronomi Baharu
Selepas terlibat dalam pelbagai projek mewah di seluruh dunia dan pelantikannya baru-baru ini sebagai Ketua Chef Belmond’s Venice Simplon-Orient-Express, Chef Imbert kini membawa kepakaran gastronomi beliau kepada ciptaan kopi terbaharu Nespresso.
Diinspirasikan oleh seni perjalanan dan kembara kereta api Belmond yang legenda di seluruh dunia, kempen Nespresso Unforgettable Holidays akan secara visual membawa penggemar kopi mengikuti kembara yang mempesonakan, dalam usaha membangkitkan deria dengan perisa baharu dipengaruhi oleh penerokaan global.
Unforgettable Espresso bagi rangkaian Original dan Double Espresso bagi rangkaian Vertuo mengingatkan kembali kepada perjalanan panjang kereta api menerusi Amerika Latin: adunan aromatic termasuk biji Arabika dari Peru dan Costa Rica disemarakkan oleh Robusta, menghasilkan kopi dengan nota bijirin panggang dan kayu. Nikmatinya dengan sajian tanpa gula atau bersama susu Latte Macchiato untuk rangkaian Original atau Double Cappuccino untuk rangkaian Vertuo untuk rasa sebenar kemewahan.
Berdasarkan idea asli Jean Imbert, Almond Croissant Flavour akan membawa anda ke nadi kota Paris. Kopi berperisa ini mencetuskan rasa almond dan roti mentega, mencetuskan kenangan zaman anak-anak Chef. Nikmatinya sebagai Cappuccino dan biarkannya melepaskan citarasa almond.
Peanut and Roasted Sesame Flavour adalah penghormatan kepada pelayaran gastronomi Imbert. Perisa kopi ini menggabungkan nota bijan panggang, bertih jagung dan campuran biji bagi menghasilkan minuman hangat yang tidak boleh dilupakan pada musim perayaan ini.
Hadiah Odyssey
Nespresso Advent Calendar kembali pada 2024, menawarkan satu kopi pada setiap pintu, membolehkan anda meneroka perisa baharu dan kembali menghirup kopi Nespresso kegemaran anda. Direka untuk membawa kejutan dan kegembiraan, Advent Calendars akan menyertakan kopi perayaan edisi terhad yang dicipta bersama Jean Imbert dan cawan eksklusif dalam edisi terhad untuk hari terakhir.
Nespresso juga akan menawarkan Travel Mug edisi terhad sebagai sebahagian koleksi Festive, direka daripada 90% keluli tahan karat kitar semula dengan warna biru menawan, menggambarkan rupa dan rasa tersendiri kempen ini. menggambarkan rupa dan rasa tersendiri kempen ini.
Nespresso Unforgettable Holidays Collection dilancarkan secara dalam talian dan di butik Nespresso dari 28 Okt 2024 dan akan ditawarkan dalam masa terhad sahaja. Ikuti @nespresso untuk mengetahui berita terkini Nespresso.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.