Kalau selama ini Hong Kong dalam kepala kita ialah shopping, dim sum dan Disneyland, mungkin sudah tiba masa untuk tengok sisi lain bandar ini.
Pada 11 Oktober 2026, Sun Hung Kai Properties Hong Kong Cyclothon kembali mengajak penggemar aktiviti luar untuk meneroka Hong Kong dengan cara yang lebih aktif. Acara anjuran Lembaga Pelancongan Hong Kong (HKTB) ini dijangka menghimpunkan lebih 6,000 peserta dari seluruh dunia.
Kayuh Sambil Layan View Hong Kong
Kredit: Hong Kong Tourism BoardBermula di West Kowloon Cultural District, peserta boleh memilih antara dua laluan kayuhan santai iaitu 56km atau 32km.
Menariknya, laluan ini membawa peserta merentasi jambatan, terowong dan beberapa kawasan ikonik sambil menikmati panorama Victoria Harbour serta latar langit Hong Kong.
MURAI rasa ini memang pilihan menarik untuk yang nak bercuti sambil aktif. Tak perlu jadi cyclist tegar pun sebab kedua-duanya merupakan kayuhan santai tanpa pertandingan.
Pendaftaran pula dibuka pada 20 Ogos 2026, jam 10 pagi. Jadi, kalau dah lama nak cuba pengalaman berbasikal di Hong Kong, boleh mula plan dari sekarang.
Lepas Kayuh, Sambung Explore Hong Kong!
Kredit: Hong Kong Tourism Board
Kredit: Hong Kong Tourism Board
Kredit Hong Kong Tourism BoardTak habis setakat kayuhan. Cyclothon Carnival turut berlangsung di West Kowloon dengan aktiviti sukan, hiburan, makanan dan program mesra keluarga.
Kalau datang pada musim luruh, bolehlah sambung explore alam semula jadi Hong Kong seperti Dragon’s Back, Victoria Peak Walk, MacLehose Trail dan Hong Kong UNESCO Global Geopark.
Untuk maklumat lanjut mengenai Sun Hung Kai Properties Hong Kong Cyclothon, termasuk butiran pendaftaran, sila layari pautan ini. Untuk meneroka pelbagai aktiviti luar di Hong Kong serta merancang pengembaraan anda yang seterusnya, sila layari www.discoverhongkong.com
Thumbs
Thumbs
5
Hearts
Hearts
3
Haha
Haha
4
Star
Star
4
Sad
Sad
1
Weary
Weary

1 month ago
74








![[VIDEO] Baru Nak Goreng Popadom, Sekali Ada Kesan Tapak Kaki- Netizen Kongsi Jenama Halal & Selamat Dibeli](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/09/1-3.webp)



![[VIDEO] Buat Isyarat Tangan Semasa Miss World 2026, Sikap Miss World Paraguay Tuai Kontroversi](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/09/picture-9.webp)

![[VIDEO] Mak Ayah Kena Alert! ‘Squishy Dumpling’ Didakwa Ada Bahan Kimia Yang Berbahaya](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/09/3-2.webp)

![[VIDEO] Mengaku Ada MyKad, Sikap 2 Minah Saleh ‘Cop’ Parkir Cetus Kemarahan](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/09/2-2.webp)













![[REVIEW] Dr Anwar Naha Dalang Kematian Ahyan Atau Sekadar ‘Umpan’? Episod 7 GBGTH Cetus Teori Baharu](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/06/Feature-Image-2000-Px-PHIC-10-1.webp)









![[VIDEO] Ain Edruce Realisasi Impian Soraya Naik Disney Cruise Sempena Hari Lahir, Curi Perhatian Netizen!](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/05/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-3-4.webp)








