Mohon Ampun Kepada Allah, Nourul Akui Kesilapan Pernah Abaikan 3 Anaknya

2 weeks ago 22

Penyanyi Nourul Depp, 47, baru-baru ini berkongsi satu cerita yang cukup mengharukan mengenai kesilapan yang pernah dilakukannya sebagai ibu. Dalam hantaran TikToknya, Nourul membuka hati, mengaku bahawa dia pernah tanpa sengaja mengabaikan tiga anaknya yang lain kerana terlalu fokus kepada kekeruhan hubungannya dengan anak sulungnya, Ayu Nazirah.

Sampaikan dia sendiri berasa bersalah kerana terlalu memberi perhatian kepada satu perkara hingga terlupa kenikmatan dan rahmat yang lain.

“Fokus kepada satu ini, saya buatkan diri saya ‘down’ sampai kami kasar dengan tiga anak ini, sebab marah kan,” kata Nourul sambil menggambarkan bagaimana dia terlalu terperangkap dengan rasa marah dan kecewa.

Terus dia rasa macam, “Oh tidak!” dan terus buat pusingan 360 darjah. Bayangkan, bukan mudah bagi seorang ibu untuk menyedari bahawa dia sudah mula kehilangan fokus pada anak-anak lain kerana terlalu banyak memberi perhatian kepada satu masalah.

xr:d:DAFK-yxXbEw:3321,j:841450223548962436,t:23091513

Dengan penuh keinsafan, Nourul mengakui bahawa dia berdoa dan memohon keampunan kepada Allah, merayu supaya diberikan kekuatan untuk berubah. “Ya Allah, maafkan aku, aku tak perasan aku terlampau marah, aku terlampau kecil hati, terlampau sakit hati, terlampau fokus kepada yang satu ni, aku terlupa ada kenikmatan yang Kau bagi kepada aku,” katanya dalam video tersebut.

Namun, kisah ini tidak lengkap tanpa menyebut suaminya, Eric Daniel Depp, yang juga berasa kecewa melihat situasi tersebut. Nourul dengan tulus bercerita bagaimana Eric menangis melihatnya menangis, namun dia simpan semuanya, menunggu waktu yang tepat.

“Pandangan Eric dalam hal ni, dia kecewa sangat sebab dia sayang Ayu itu macam anak dia sendiri,” katanya, penuh emosi. Eric nampaknya juga terkesan dengan situasi tersebut, walaupun dia cuba untuk tidak menunjukkan rasa sedihnya kepada Nourul.

Dari kisah ini, kita dapat lihat betapa besar pengorbanan seorang ibu dan betapa pentingnya untuk memberi perhatian yang seimbang kepada semua anak. Mungkin ada yang menyangka seorang ibu hanya akan fokus kepada anak yang bermasalah, tetapi sebenarnya, ketidakseimbangan itu boleh membawa kesan yang lebih besar kepada keluarga.

Nourul kini menyedari bahawa rahmat Allah datang dalam pelbagai bentuk dan, selepas pusingan 360 darjah itu, dia berjanji akan lebih bijak dalam memberi perhatian kepada setiap anaknya. Tapi yang pasti, dia pasti akan lebih berhati-hati dalam menguruskan emosinya dan mungkin lebih banyak bercerita tentang ‘360 darjah’ itu di TikTok selepas ini!

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |