Megan Fox & MGK Berpisah Sekali Lagi- Kali Ini Sebelum Kelahiran Bayi Mereka

1 week ago 13

Sekali lagi pasangan Hollywood, Megan Fox dan Machine Gun Kelly (MGK) atau nama sebenarnya Colson Baker, mengumumkan mereka telah menamatkan hubungan, beberapa minggu sebelum kelahiran anak pertama mereka.

Menurut beberapa sumber, pasangan itu berpisah pada hujung minggu perayaan Thanksgiving semasa di Vail, Colorado. Perpisahan itu terjadi selepas Megan menemui beberapa bahan bukti yang agak menjengkelkan pada telefon MGK.

Foto – Yahoo

Di media sosial, tular beberapa hantaran warganet mendakwa MGK sebenarnya menjalinkan hubungan dengan beberapa wanita ketika Megan sedang hamil.

Penemuan ini menyebabkan Megan meminta kekasihnya itu untuk mengakhiri percutian Thanksgiving mereka lebih awal. Sejak daripada itu, mereka berdua dilaporkan tidak pernah berjumpa lagi.

Sebelum ini muncul khabar angin perpisahan mereka, apabila Megan memadamkan semua gambar dan video yang mengandungi MGK di Instagramnya.

Foto – People / Vogue

Walaupun kedua-duanya sedang memperbaiki hubungan selepas khabar angin tersebut, kenyataan Megan mengenai hubungannya di sebuah podcast pada awal tahun ini menunjukkan hubungan mereka sebenarnya rumit.

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |