Persahabatan antara Bella Astillah dan Syed Saddiq bukanlah sesuatu yang baru. Boleh dikatakan mereka berdua sudah ‘makan tahun’ mengenali antara satu sama lain, dan sudah tentu ramai yang tahu betapa rapatnya hubungan mereka berdua.
Baru-baru ini, mereka membuat lagi kejutan di media sosial dengan perkongsian yang tak kurang menarik dan agak menggelikan hati, yang sudah tentu mengundang usikan netizen.
Salah satu video yang jadi tumpuan adalah ketika Syed Saddiq memandu kereta sambil ditemani oleh Bella. Tak cukup dengan itu, Bella pula buat hal, pura-pura jatuh pengsan! Nasib baiklah Syed Saddiq ni cepat bertindak, terus terkejut dan dengan cuaknya cuba menyelamatkan Bella. Gaya dia terkejut tu memang tak boleh tahan!
Siap bertanya “Bella, Bella, awak okay ke?” Sampai yang menonton pun rasa cuak sama! Punyalah serius dia bantu, sampai kadang-kadang kita tertanya-tanya, “Betul ke ni? Atau Bella memang dah plan dari awal nak buat dia terkejut?”
Momen-momen seperti ini sememangnya memberikan keseronokan kepada peminat dan netizen, yang tak boleh berhenti mengusik mereka berdua. Keakraban mereka berdua bukan sekadar dilihat melalui konten media sosial, tetapi juga melalui cara mereka berinteraksi yang seolah-olah sudah serasi sejak dulu.
Jadi, tak hairanlah kalau ramai yang mula berbisik-bisik dan mendoakan supaya Bella dan Syed Saddiq bertemu jodoh. Haa, dua-dua pun solo, bukan? Kalau tengok cara mereka bersama, rasanya memang ‘serasi’ sangat, kan?
Apatah lagi, Bella dan Syed Saddiq selalu kelihatan begitu gelak tawa dan saling melengkapi. Ada yang cakap, “Eh, kalau diorang ni tak bercinta, macam rugi je,” sebab memang seronok tengok mereka gelak sakan bersama.
Tetapi, janganlah terlalu berharap sangat, kerana kita tahu persahabatan yang baik itu memang boleh jadi lebih manis dari hubungan percintaan. Jadi, sementara tunggu “kemunculan” kisah cinta mereka, kita teruskan saja menikmati ‘drama’ mereka di media sosial yang tak pernah gagal buat kita tersenyum.
Sama ada mereka akhirnya jadi pasangan atau kekal sebagai kawan baik, apa yang pasti, persahabatan mereka berdua sudah cukup mencuit hati dan sentiasa dinanti-nantikan oleh para peminat.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.