“Kita Akan Hidup Bahagia”-Isteri Along Cham Janji Akan “Lepaskan” Suaminya Daripada Kes Ganja

1 day ago 9

Afreena Suhaimi, isteri kepada pelakon dan pelawak terkenal Along Cham, kini berdepan dengan ujian berat selepas suaminya ditahan atas dua pertuduhan memiliki ganja.

Afreena yang berusia 32 tahun, dengan penuh jujur mengakui sedang berdepan masalah ‘anxiety’ atau keresahan akibat situasi suaminya yang kini berada dalam tahanan. “Isteri mana yang tidak susah hati apabila suami dalam situasi macam ini?” katanya, menggambarkan perasaan risau yang tentu dirasai oleh setiap isteri apabila orang yang disayangi terlibat dalam masalah besar.

Meskipun menghadapi tekanan yang luar biasa, Afreena tetap bertekad untuk terus kuat demi anak-anak dan keluarganya. “Saya penat dengan situasi yang berlaku, tapi saya perlu kuat untuk anak-anak. Apa yang jadi sekali pun, saya perlu hadapi situasi ini,” ujarnya.

Afreena juga berjanji akan tetap berada di sisi Along, memberi semangat dan sokongan tanpa henti. “Untuk kes ini, saya cuma mahu semua orang tahu, Along Cham atau Muhammad Nizamudin Ahmad tetap suami saya. Saya akan sentiasa dengannya dalam apa juga keadaan.

Saya akan berjuang dengan dia. Saya akan mempertahankan hak dia. Tiada isteri yang hendak lihat suami jatuh dan dalam kesakitan,” katanya, sambil memberikan kata-kata semangat untuk suaminya yang kini terperangkap dalam situasi sukar.

Meski dirinya dilanda keresahan dan kekeliruan, Afreena tetap menyuntik semangat kepada Along dengan berkata, “Biy (Along), saya tahu perasaan kamu saat berada di dalam. Bertahanlah, saya berjanji awak akan keluar dan kita akan hidup bahagia bersama.” Dengan nada sebak, dia meluahkan harapan agar suaminya dapat keluar dari semua kesulitan ini dan memulakan hidup baru.

Sementara itu, peguam yang mewakili Along, Mohd Fadly Hashim, turut memberikan sokongan kepada anak guamnya dengan menyifatkan Along sebagai individu yang kuat. “Dia (Along) seorang yang kuat dan saya akan cuba sedaya upaya untuk bantu dia kendalikan kes ini,” katanya, memberi jaminan bahawa mereka akan berusaha untuk membantu Along melalui proses undang-undang ini.

Untuk pengetahuan, Along yang berusia 41 tahun, didakwa dengan dua pertuduhan miliki ganja di dua mahkamah berasingan. Satu pertuduhan melibatkan ganja seberat 58.23 gram dan satu lagi melibatkan 2.07 gram ganja. Meskipun berat mata memandang, Along mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan tersebut.

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |