Pernah tertanya-tanya kenapa Rizman Ruzaini yang dipilih untuk membuka tirai Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2026?
Bagi MURAI, pemilihan ini bukan sekadar kerana nama Rizman Ruzaini sudah cukup dikenali dalam industri fesyen tempatan. Ada cerita yang lebih besar di sebaliknya.
Pada 3 Ogos lalu, Suria KLCC mempersembahkan “Suria KLCC presents RR by Rizman Ruzaini” di Esplanade, Taman KLCC sebagai pertunjukan pembukaan rasmi KLFW 2026.
Dengan tema tahun ini, Destination: Home Ground, pemilihan Rizman Ruzaini sebenarnya cukup masuk akal.
Rizman Ruzaini Lambang Fesyen Malaysia
Menurut Suria KLCC, Rizman Ruzaini melambangkan antara kisah kejayaan yang membanggakan dalam industri fesyen Malaysia.
Sudah hampir dua dekad berada dalam industri, pasangan pengasas Rizman dan Ruzaini bukan lagi nama baharu. Mereka sudah membina identiti tersendiri dan membawa rekaan tempatan ke tahap yang lebih tinggi.
Jadi, apabila KLFW tahun ini mahu mengangkat mesej tentang home ground, siapa lagi yang lebih sesuai untuk membawa naratif tersebut?
Koleksi Yang Sangat ‘Malaysia’
Satu lagi sebab utama ialah koleksi yang dipersembahkan.
Menerusi RR Vol 4: Heritage in Motion, Rizman Ruzaini mengangkat inspirasi daripada suasana jalanan Malaysia pada zaman dahulu.
Beca, basikal dan pengangkutan lama menjadi sebahagian daripada inspirasi persembahan, sebelum diterjemahkan ke dalam siluet fesyen kontemporari.
Maksudnya, elemen warisan itu bukan sekadar diletakkan sebagai hiasan. Ia menjadi sebahagian daripada keseluruhan pengalaman pertunjukan.
Dan inilah yang membuatkan koleksi tersebut cukup on point dengan tema Destination: Home Ground.
Suria KLCC Ada Hubungan Dengan Rizman Ruzaini
Satu lagi perkara menarik, hubungan Suria KLCC dan RR by Rizman Ruzaini sebenarnya sudah lebih daripada sekadar kerjasama untuk KLFW. Pada 2025, Rizman dan Ruzaini membuka butik pertama label RR di Suria KLCC selepas hampir 20 tahun dalam industri.
Bagi Rizman, memiliki ruang di Suria KLCC merupakan satu bentuk kepercayaan terhadap jenama mereka.
Jadi, apabila Suria KLCC memberikan kepercayaan kepada RR untuk membuka KLFW 2026, ia seolah-olah menjadi kesinambungan daripada hubungan yang sudah dibina.
Pendek kata, Rizman Ruzaini dipilih bukan hanya kerana populariti, tetapi kerana pengalaman, identiti Malaysia dan hubungan yang sudah lama terjalin.
Dan melihat bagaimana Heritage in Motion dipersembahkan, pilihan itu nampaknya memang kena pada tempatnya.
Thumbs
Thumbs
3
Hearts
Hearts
3
Haha
Haha
3
Star
Star
1
Sad
Sad
1
Weary
Weary

9 hours ago
6




![[VIDEO] Tiba-Tiba Jadi Maskot Rumah Sukan, Reaksi Khairul Aming Buat Ramai Berdekah](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/08/collage-1.webp)


![[VIDEO] Teringin Ayam Gepuk Selepas Pantang, Wanita Terkejut Dapat ‘Protein’ Tambahan](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/08/2.webp)































![[REVIEW] Dr Anwar Naha Dalang Kematian Ahyan Atau Sekadar ‘Umpan’? Episod 7 GBGTH Cetus Teori Baharu](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/06/Feature-Image-2000-Px-PHIC-10-1.webp)











