“Kaki Pukul Tu Bukan Ubai..”-Shila Amzah

1 week ago 12

Penyanyi, Shila Amzah tampil mempertahankan suaminya, Ubai yang dituduh sebagai ‘kaki pukul’ oleh pihak yang tidak bertanggungjawab di media sosial, baru-baru ini.

Shila, menerusi Insta Stories, menegaskan bahawa dia hanya meluahkan rasa simpati terhadap apa yang berlaku pada pelakon dan model terkenal, Zahnita Wilson yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga selama 20 tahun mendirikan rumah tangga.

“Kaki pukul tu bukan UBAI ya. Apa punya benak la eh tulis fitnah macam tu. Saya simpati dengan nasib yang menimpa Zahnita.

Siapa yang melaluinya sahaja yang tahu peritnya. No i was not married to one.”- tegas Shila di Insta Stories

Titip Doa

Tambahnya lagi, dia turut memohon orang ramai untuk menitipkan doa kepada mana-mana individu yang masih belum dapat keluar dari masalah keganasan rumah tangga agar dapat bebas dari pemangsa mereka.

“Jadi sekarang ni, i want to rest my case. Mari la kita doakan sesiapa yang belum dapat keluar dari masalah keganasan rumah tangga atau apa- apa hubungan di beri kekuatan mental dan fizikal untuk cepat-cepat lari dari pemangsa mereka.

Kepada rakan- rakan dan ahli keluarga, kalau tiba- tiba kawan atau ahli keluarga kita hilang, goes no contact, ini adalah salah satu petanda. Tolong jangan tinggalkan mereka keseorangan.”- titip Shila Amzah

Sekadar info, Shila Amzah pernah mendirikan rumah tangga dengan Haris Idraki Elias pada April 2018 sebelum membuat keputusan untuk berpisah pada Februari 2022. Mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Seth Uwais.

Shila kemudian berkahwin buat kali kedua bersama Ubai atau Muhammad Ubaidillah. Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Rhea Akira yang kini berusia lapan bulan.

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |