Suria KLCC, destinasi membeli-belah ikonik di Malaysia, menyajikan pengalaman perayaan yang luar biasa dengan ‘European Christmas Village’ dari 22 November hingga 25 Disember 2024.
Dihiasi Dengan Tema Eropah
Centre Court di Suria KLCC kini dihiasi dengan gerai-gerai tradisional Eropah yang membawa pengunjung merasai suasana Krismas yang magikal.
Lorong-lorong seperti jalan batu buntar dan pokok Krismas yang dihiasi dengan lampu berkelipan menambah kemeriahan suasana.
Di antara gerai-gerai yang menarik, pengunjung boleh menemui kedai bunga, kedai roti, serta kedai mainan yang menawarkan pengalaman perayaan yang tidak terlupakan.
Setiap Sabtu, pengunjung boleh menyertai ‘Christmas Wreath Workshop’ secara percuma untuk mencipta hiasan Krismas sendiri, manakala pada setiap Ahad, bengkel DIY menghias donat juga disediakan.
Pelbagai Hiasan Menarik
Bagi yang ingin merakam kenangan, terdapat ‘Festive Photobooth’ untuk sesi fotografi dan kereta kuda berhias yang mencipta suasana perayaan yang sempurna.
Pokok Krismas setinggi 100 kaki di Esplanade KLCC turut menjadi tumpuan utama sambutan ini.
Selain itu, Santa Claus akan menghiburkan pengunjung dengan sesi bertemu pada setiap Sabtu dan Hari Krismas, sementara koir Krismas dan persembahan tarian akan meriahkan Hari Krismas.
Suria KLCC juga menawarkan ganjaran menarik, seperti e-Baucar RM100 untuk pembelian RM2,500 dan ke atas.
Dua Lagi Pusat Beli Belah Turut Sertai
Bersama-sama dengan Suria KLCC, pusat beli-belah Alamanda Putrajaya juga turut menyertai sambutan Krismas dengan tema ‘European Christmas Village’.
Dari 22 November 2024 hingga 1 Januari 2025, pengunjung boleh menikmati pelbagai aktiviti menarik seperti tarian Krismas dan bengkel kreatif untuk kanak-kanak.
Alamanda juga melancarkan inisiatif kesihatan mental dengan penjualan Alamanda Ribbon Pin bagi menyokong NGO kesihatan mental.
Dengan aktiviti-aktiviti meriah dan ganjaran eksklusif, Suria KLCC dan Alamanda menawarkan pengalaman perayaan yang tidak akan dilupakan.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.