“Hebat Sister Ni, Dia Boleh Jadi Hakim Esok Di Padang Mahsyar Sebab…”-Lana Nodin Bidas Komen Netizen?

1 week ago 12

Umum mengetahui, pelakon, Lana Nodin dan keluarga kini baru sahaja berada di Tanah Suci Mekah untuk menunaikan ibadah Umrah.

Di sebalik ramai yang menitipkan doa agar urusan ibadah umrah mereka berjalan lancar, ada yang sempat mempersoalkan pelakon ini adakah dia sudah memohon maaf dengan mana-mana artis yang ditegur secara terbuka di media sosial.

“Sebelum nak pergi Umrah tak minta maaf dulu ke kat artis yang dia mengata secara terang-terangan. Kira dosa juga kan kalau tak sempat minta maaf.

Dosa dengan Allah SWT boleh minta ampun, dosa dengan manusia kena minta maaf la.”-komen seorang netizen

“Hebat Sister Ni, Dia Boleh Jadi Hakim Esok Kat Padang Mahsyar Sebab..”

Tidak berdiam diri, Lana Nodin menerusi Insta Stories tidak menyangka netizen tersebut lebih mengetahui dosa dan pahalanya sebelum dia pergi menunaikan ibadah Umrah selain menitipkan ucapan terima kasih di atas peringatan itu.

“Hebat sister ni. Dia boleh jadi hakim esok kat Padang Mahsyar sebab dia lebih tahu dosa dan pahala saya sebelum saya ke Umrah ni.

Apa pun Alhamdulillah. Terima kasih sis ingatkan. Awak dah minta maaf dengan saya juga tak?.”- Balas Lana Nodin Di Insta Stories

Siapalah kita untuk menilai dosa dan pahala orang lain. Tiada manusia yang sempurna, semuanya hanyalah hamba Allah SWT.

Apa komen anda?

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |