Anak kedua Hrithik Roshan, daripada pernikahannya dengan Suzanne Khan iaitu Hridaan Roshan sedang menjadi perhatian warganet India.
Bukan sahaja mewarisi rupa tampan bapanya, netizen India turut menganggap dia kelihatan seperti pelakon Hollywood, Timothee Chalamet.

Ketika menghadiri premiere siri dokumentari ‘The Roshans’, Hridaan yang menemani bapanya telah menuai pujiaan ramai kerana penampilannya.
Hridaan telah mengenakan pakaian kasual, yang terdiri daripada kemeja kelabu, jaket denim hitam, seluar hitam dan juga kasut.
Jika diperhatikan, sememangnya ada persamaan di antara Hridaan dan Timothee. Lihat sahaja pada gaya rambutnya, hidung yang mancung, kening dan matanya.
Handsome kan?

Sekadar info, Hrithik Roshan dan Sussanne Khan telah berkahwin pada tahun 2000 dan mempunyai dua orang anak, Hrehaan dan Hridaan. Pasangan ini kemudiannya bercerai pada tahun 2014.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.