Pelakon, Fendy Bakry, membuka lembaran baharu dalam perjalanan kariernya apabila buat julung kalinya melangkah ke dunia penerbitan teater melalui pementasan Purbawara: Matinya Seorang Pahlawan, adaptasi karya agung Sasterawan Negara Usman Awang.
Setelah sedekad aktif sebagai anak seni, langkah ini menandakan keberanian Fendy memperluas peranannya dalam industri.

Passion Teater Yang Kembali Menyala
Fendy atau nama sebenarnya Mohd Affandi Nor Bakri, yang merupakan pelakon popular menerusi drama Mr Grey berkata, dunia teater bukan sesuatu yang asing dalam hidupnya. Bahkan, dari situlah dirinya mula bertapak dalam dunia seni.
“Teater memang minat asal saya. Dari pentas itulah saya terbentuk menjadi siapa saya hari ini.” Jelasnya.
Fendy mengakui, antara perkara pertama yang menghantui fikiran sepanang persediaan ialah kritikan, khususnya daripada golongan berpengalaman dalam teater.
Namun, Fendy memilih untuk melihat segala komen sebagai pembakar semangat dan menjadikannya sebagai panduan untuk terus memperbaiki mutu kerjanya.
Cabaran Di Balik Tabir: Pengurusan Lebih Berat Dari Yang Disangka
Walaupun ramai hanya melihat apa yang tersaji di pentas, Fendy mendedahkan bahawa beban sebenar datang daripada pihak pengurusan serta persiapan teknikal yang rumit.
Fendy mengakui pengalaman pertama sebagai penerbit membuatkannya perlu banyak bertanya, meneliti rujukan dan belajar dari bawah demi memastikan pementasan berjalan lancar.
Selain masa dan tenaga, aspek kewangan turut menjadi pengorbanan besar dalam projek ini. Namun Fendy tetap optimis, disokong kepercayaan bahawa keikhlasan dalam berkarya pasti membuka jalan dan dipermudahkan segalanya.
Nilai Kemanusiaan Dalam Naskhah MSP
Fendy melihat karya Matinya Seorang Pahlawan bukan sekadar naskhah untuk dipentaskan, sebaliknya medium yang mengajarnya makna kehilangan, kekuatan dan perjalanan hidup.
Katanya, pementasan ini membentuk dirinya bukan hanya sebagai penerbit dan pelakon, tetapi juga sebagai seorang manusia yang lebih matang dalam memahami kehidupan.
Misi Meneruskan Warisan Teater Melayu
Sebagai anak seni, Fendy berharap industri teater tempatan terus berkembang seiring kemajuan teknologi tanpa meninggalkan warisan Melayu yang menjadi akar kepada seni persembahan.
Pementasan MSP juga direalisasikan dengan kerjasama JKKNWPKL, serta sokongan MOTAC, MaTic, dan pelbagai rakan strategik seperti UPSI, WARDAH, Dinda.look, Firz Hafiz, TEGAS Broadcast Multimedia dan Kantin.
Dalam masa yang sama, Fendy turut membuka ruang kolaborasi kepada mana-mana pihak yang berminat menyertai perjalanan seni ini.
Mengembangkan Sayap Di Luar Dunia Seni
Selain sibuk dengan teater, Fendy kini aktif dalam bidang latihan industri melibatkan usahawan mikro dan golongan asnaf, memberi bimbingan serta sokongan kepada mereka yang berpendapatan rendah untuk berdikari.
Fendy mengakui menerima beberapa tawaran projek baharu, namun memilih untuk fokus terhadap komitmen latihan industri sebelum kembali ke pentas seni dengan projek seterusnya.
Dengan visi yang jelas dan komitmen yang tidak berbelah bahagi, langkah Fendy Bakry menceburi dunia penerbitan teater menjadi permulaan kepada fasa baharu yang lebih segar dan penuh potensi dalam perjalanan seninya.

1 day ago
11








![[VIDEO] Gelagat Amayan, Aliff Syukri & Bella Di Iklan Shopee Buat Ramai Berdekah- “Berhambur Air Liur”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/5-2.jpg)
































![[VIDEO] MARITIM MALAYSIA Jelaskan Kenapa Rumah Atas Laut Isarb Ditahan](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/540770577_1273593738142062_1033622294631970058_n.jpg)


![[REVIEW] Samsung Galaxy Z Flip7: Worth It Ke Untuk 2025?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/20250711_164615.jpg)
![[VIDEO] Aksi Noor Kartini Peluk Jefri Nichol Tuai Kecaman- “Dah Terbiasa Life Bebas”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/3.jpg)



