Fahmi Fadzil Ajak Rakyat ‘Meriahkan’ Merdeka, 200 Kenderaan Terawal Dapat Magnet Jalur Gemilang

8 hours ago 7

Bulan Kebangsaan dah mula terasa bahangnya! Tapi kali ini, bukan sekadar bendera di rumah. Jalur Gemilang turut dibawa ‘jalan-jalan’ bersama rakyat.

Menteri Komunikasi, YB Dato’ Seri Fahmi Fadzil hari ini menyempurnakan Program Ekspresi Jalur Gemilang JAPEN@PETRONAS di Stesen PETRONAS NPE Pantai Dalam, Kuala Lumpur.

Program anjuran Kementerian Komunikasi menerusi Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN), dengan kerjasama PETRONAS, itu dilaksanakan serentak di 15 stesen PETRONAS terpilih seluruh negara.

200 Kenderaan Terawal Dapat Magnet Jalur Gemilang

Menariknya, sebanyak 200 kenderaan terawal di setiap stesen menerima magnet Jalur Gemilang secara percuma.

MURAI rasa, ini antara cara yang cukup simple tetapi dekat dengan rakyat. Tak perlu tunggu majlis besar-besar, bila kereta kita sendiri dihiasi Jalur Gemilang, semangat Merdeka pun boleh dibawa ke mana-mana.

Fahmi Fadzil turut memasang magnet Jalur Gemilang pada kenderaan orang awam sebagai simbolik sokongan terhadap Kempen 1 Rumah 1 Jalur Gemilang (1R1JG).

Persoalannya, dah pasang Jalur Gemilang di rumah belum?

Fahmi Fadzil Ajak Rakyat ‘Meriahkan’ Merdeka

15 Stesen PETRONAS, Seluruh Negara

Program ini bukan hanya berlangsung di Kuala Lumpur. Ia turut melibatkan stesen PETRONAS di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sabah, Sarawak dan Labuan.

Antara lokasi terlibat termasuk PETRONAS NKVE Damansara, PETRONAS Ayer Keroh 3, PETRONAS Skudai R&R, PETRONAS KKIP, PETRONAS Metrocity dan PETRONAS Jalan Tun Mustapha di Labuan.

Merdeka Bukan Sekadar Bendera

Bagi MURAI, usaha sebegini mungkin nampak kecil, tetapi mesejnya besar.

Jalur Gemilang bukan sekadar aksesori untuk musim Merdeka. Ia lambang perpaduan, patriotisme dan rasa bangga menjadi rakyat Malaysia.

Jadi, kalau nampak kenderaan dengan Jalur Gemilang selepas ini, jangan pelik. Mungkin pemiliknya antara yang sempat mendapatkan magnet percuma ini.

Dan kalau belum kibarkan Jalur Gemilang… apa lagi yang ditunggu?

Thumbs

Thumbs

2

Hearts

Hearts

2

Haha

Haha

5

Star

Star

4

Sad

Sad

Weary

Weary

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |