Dituduh Miliki Anak Luar Nikah Dengan Johnny Huang, Ini Respon Agensi Dilraba Dilmurat

4 days ago 13

Agensi Dilraba Dilmurat baru-baru ini menafikan dakwaan mengatakan aktres popular itu ialah selebriti yang dinamakan dalam sebuah hantaran mengenai pasangan selebriti yang mempunyai anak luar nikah.

Seperti yang dilaporkan di Drama Panda, isu ini tercetus selepas seorang pempengaruh China bernama Guo Meimei melakukan sesi langsung di Weibo, mendedahkan pasangan selebriti dari Xinjiang dan Timur Laut China memiliki anak luar nikah.

“Kita mempunyai dua bintang besar di negara kita. Bintang wanita itu berasal dari Xinjiang dan bintang lelaki itu dari Timur Laut Vhina. Mereka adalah pelakon. Saya tak akan menyebut namanya, tetapi mereka belum ada sijil perkahwinan dan sudah pun mempunyai anak. Isu ini diketahui dalam industri hiburan Beijing dan saya sangat terkejut!”

Walaupun Guo Meimei tidak menyebut nama selebriti itu, tetapi ramai yang membuat spekulasi bahawa wanita tersebut ialah Dilraba Dilmurat dan lelaki itu ialah Johnny Huang.

Foto – CPop Home

Difahamkan, Dilraba dan Johnny pernah dikhabarkan bercinta selepas berkerja bersama untuk drama ‘Love Designer’ pada tahun 2020. Tak lama selepas itu, Dilraba menghilangkan diri buat seketika dan ia mencetuskan khabar angin bahawa dia hamil.

Foto – Drama Panda

Sebagai respon terhadap khabar angin tersebut, agensi Dilraba segera menegaskan khabar angin tersebut tidak berkaitan dengan pelakon itu. Mereka juga menegaskan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap penyebar khabar angin.

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |